Thursday, 3 May 2012

Saat Cinta Bersatu :: Rini & Andy ::

Ini adalah fotografi perkahwinan terakhir sblm sy mengakhiri zaman bujang. seminggu sblm sy melangsungkan perkahwinan dgn jejaka idaman.. Dalam kesibukan membuat persiapan, sy & encik tunang tersayang masih gigih bekerja.. ternyata bkn senang mencari sesuap nasi kan...

Rini kelihatan sangat comel pd hari pernikahannya. Dia kelihatan bersahaja & riang sekali. Namun sy sempat merakamkan sebak yg bertakung di dadanya saat sang teruna melafazkan akad nikah. Sungguh.. perasaan itu sgt indah.. emosi bercampur baur. Hanya si empunya diri shj yg lebih memahami.







Tahniah kpd kedua mempelai. Entri ini dibuat khas utk tatapan Rini & Andy untuk dikongsikan dgn sanak saudara & sahabat handai mereka.. berkongsi detik2 bahagia saat cinta bersatu :)

Wednesday, 21 March 2012

Ketika Cinta Bertasbih

Syukur yang tidak terhingga ke hadrat Illahi kerana mendengar doa sy. Syukur kerana diketemukan dgn seseorg yg sgt memahami, sentiasa ada di sisi sy, sentiasa melakukan yg terbaik hanya utk sy.. dia tidak sempurna tetapi dia menyempurnakan hidup sy.


Tema Ketika Cinta Bertasbih ialah lontaran idea dr seorg teman yg jauh di mata tapi dekat di hati; Hazreel Hasmi ketika kami berbincang ttg majlis perkahwinan sy sblm beliau berangkat ke AdelaideBeliau sgt memahami jiwa sy yg mahukan sesuatu yg berbeza, sesuatu yg tersendiri.

Bagi sy pula Ketika Cinta Bertasbih mempunyai makna yg tersendiri dan cukup mendalam. Kegalauan hati telah membawa sy jauh ke Tanah Suci untuk mencari ketenangan dan meraih cebisan-cebisan kekuatan yg tersisa. Kesempatan itu sy pergunakan untuk berdoa dengan sesungguh hati demi mencari sebuah bahagia. Jujur, sy bukanlah sekuat & setabah yg disangkakan. Sy terlalu lemah krn tempoh 2 tahun masih gagal membuat sy melupakan segala sengsara. Alhamdulillah, akhirnya sy ketemu dengan kebahagiaan yg dicari. Justeru, kamu fahamkan knp sy katakan Ketika Cinta Bertasbih sesuatu yg sgt bermakna.

Oh ya, idea asal muka hadapan kad ini adalah berlatarbelakangkan Kaabah krn di situlah sy bertemu ketenenangan & kebahagiaan, namun nasihat seorg teman (Faridah) yg khuatir kad jemputan ini dibuang & tidak dijaga seperti yg sepatutnya membuatkan sy membuat sedikit pembetulan & penambahbaikan.

Mmg dari awal lagi sy mahukan sesuatu yg tersendiri, mahu buat design ala2 cover novel krn sy merasakan ianya puitis & romantis.. ahakss. Saya sengaja tidak menulis 'Undangan Perkahwinan' atau 'Utusan Raja Sehari' krn sy percaya org ramai akan tau ia adalah jemputan perkahwinan sejurus slps membaca kad ini.

Gambar yg digunakan ialah Masjid Omar Ali yg terletak di Brunei. Selepas bertanyakan pendapat beberapa orang rakan sy memilih gambar ini (sy menyenarai pendek 3 gambar masjid). Pemilihan gambar ini juga begitu dekat di hati sy. Ini kerana kunjungan sy bersama beberapa org teman ke Brunei pada tahun lepas membawa misi Kembara Mencari Pengiran. Alhamdulillah, sy telah pun ketemu dgn si pengiran iaitu Tengku Azwan (nama pena); bakal suami yg sgt sy sayang.


Sekali lagi sahabat Hazreel dr Adelaide sy menyumbangkan idea & karya beliau melalui puisi di atas. Sy sgt kagum kerana beliau menyiapkan karya ini kurang 12 jam dr saat sy meminta dia menulis puisi istimewa ini. Perbincangan ttg kad & rekaletak bahagian ini juga kami bincangkan bersama melalui FB. Ternyata teknologi ICT mendekatkan kami.

Terima kasih kepada keluarga dan teman2 yg sentiasa mendoakan kebahagiaan sy. Terima kasih kerana sentiasa ada di sisi sy susah & senang. Semoga majlis yg dirancang akan dapat dijalankan dengan jayanya & semoga rumahtangga yg akan kami bina mendapa redha & keberkatan dr Illahi.