Monday 25 February 2013

Penghujung Cintaku :: Haizi & Liyana ::

Kali ini saya cuba beberapa gaya 'design' yg berbeza, perlulah versatil kan klu mahu bertahan lama dlm industri ni (ala2 ayat retis gitew).. enjoy!!





  





Haizi & Liyana

Setelah genap sebulan barulah berkesempatan menulis entri ini. Namun kiranya belum terlambat mengucapkan " Selamat Pengantin Baru " buat kedua mempelai.

Noly (Liyana) merupakan adik yg sama2 menjadi perintis di Sek. Men.Sains Pasir Putih pada tahun 1998. Pada masa itu sy berada di tingkatan 4 manakala Noly di tingkatan 1. Banyak kenangan sepanjang 2 tahun di sekolah itu, suka & duka yang mendewasakan kita.

Khuatir terlambat utk majlis akad nikah, sy & suami tiba di Senawang sehari awal. Kami menginap di sebuah hotel bajet tidak jauh dr rumah pengantin.

Majlis akad nikah berjalan lancar dengan penuh kemeriahan. Majlis khatam Al-Quran & marhaban menyusul pula seusai upacara akad nikah. Selepas solat Jumaat, kami teruskan pula dengan sesi outdoor di sekitar kawasan perumahan.







Setakat ini, tugasan kali ini yg paling 'best'.. kerana selesai shj sesi pd hari tersebut kami sempat menonton wayang & beli novel RAM yang sy cari2 selama ni. Keesokan harinya kami bergegas ke rumah pengantin utk mengambil shot mekap & beberapa pose di pelamin sebelum ke Seremban untuk majlis persandingan pula. Majlis yg ringkas tetapi meriah & barakah, itulah yg boleh sy gambarkan tentang majlis beliau.