Thursday 30 August 2012

Shah & Halida in LOVE

Pada entri sebelum ini sy pernah menyiarkan ttg pertunangan sahabat sy ni. Jadi pd entri kali ini sy akan kongsikan sesi photoshoot di Kuala Terengganu pula sempena Majlis Menyambut Menantu.

Mereka telah selamat diijabkabulkan pd 14 Julai 2012 namun majlis menyambut menantu dibuat lambat sedikit sbg menghormati bulan Ramadhan al-Mubarak.

Seronok melihat kemesraan pasangan pengantin baru ini. Gurau senda & tawa menghiasi sesi photoshoot ini. Doa kami, semoga rumahtangga yang dibina akan berkekalan & bahagia selalu.












Wednesday 29 August 2012

Cinta Bersatu :: Kapten Ismail & Nor ::

24 Ogos 2012 merupakan tarikh keramat buat sahabatku Kapten Ismail apabila dia selamat dijab kabulkan dengan gadis pilihan hati Nor. Hampir 9 tahun tidak bertemu Ismail selepas tamat pengajian. Sungguh hati rasa berbunga2 apabila Ismail menghubungi sy utk mendptkan khidmat fotografi majlis perkahwinannya. Terima kasih atas kepercayaan yg diberikan :)

Benarlah kata2 "pain is temporary but proud will be forever".. tatkala melihat Ismail segak mengenakan One Dress nya hati terselit rasa bangga krn dia meneruskan apa yg kami pernah lalui bersama-sama. Hati tiba2 teringin mengenakan pakaian rasmi itu lagi (yg entah di mana disimpan). Oh ya.. Ismail merupakan buddy sy semasa kami menggali kubu.. dan dia lah yg terpaksa menyiapkan kubu kami krn sy bukanlah terdaya sgt haha... dan coklat kit kat diberi sbg ganjaran.

Apa yg menarik ttg job di T'ganu kali ni ialah sy akan shoot 2 majlis sahabat sepasukan. Rasa sgt berbesar hati sgt. Yang lagi membuatkan ianya menarik krn coklat kit kat yg diberi sebagai ganjaran kpd Ismail merupakan 'bekalan' yg diberi oleh sehabat sy yg seorg lg tu. Kebetulan sungguh..!!

3H 2M kami berkampung di Kuala Terengganu namun kami x berkesempatan langsung berjalan2 di tepi pantai, ber'window shopping' di pasar payang apatah lg sekadar berjalan2 di Mydin Mall. Namun kesimpulan ringkas yg dpt kami buat ORG TGANU KAYA..hahaha. Mau tidaknya, rumah diorg besar2 siap dgn laman yg luas lg.

Ok lah dh meleret2 pula mukaddimah sy ni, kpd Ismail & isteri semoga rumahtangga yg dibina mendapat barakah drp Allah & semoga kehidupan akan sentiasa harmoni & bahagia.. Aminnnn