Thursday 13 June 2013

Family Vacation : Ho Chi Minh City

Sempena meraikan ulangtahun pertama, kami merancang utk ke HCMC krn kami berdua mmg suka sgt shopping, jadi sudah tentulah HCMC adalah pilihan yg tepat. Namun apabila Ani (kembarku) mendpt tahu dia pun sibuk jgk nk join sama.. begitu jgk dgn Mama yg teruja nak ikut sekali. Dr percutian berdua jadilah percutian ber9.

Day 1
Tempoh masa yg lama membolehkn sy buat survey & research yg cukup utk ke sana. Kami memilih utk parkir kereta di LCCT memandangkan kosnya jauh lebih murah dr kami sewa van tambahan lebih selesa utk kami ber9 org. Alhamdulillah kereta selamat wpun ditinggalkan selama 6 hari.


Kami membawa stok makanan seperti megi, roti, coco crunch, susu kotak & milo 3in1 sbg bekalan krn khuatir susah mendpt makanan yg halal di sana. Penuh 1 baggage dgn stok makanan kami.

Setelah selesai urusan di airport HCMC, kami bergegas mendptkan teksi. Mula2 agak confuse dgn cara teksi beroperasi di sini tp setelah memerhati buat seketika maka fahamlah kami. Di setiap lokasi pelancongan sama ada di airport, Ben Than Market, Cho Lon, Saigon Square dll akan ada wakil syarikat teksi yang menunggu, jadi kami hanya perlu bgtau dia ke mana kami nk pergi. Wakil tsbt akan panggilkn teksi (syaraikat dia shj) dan beritahu pemandu lokasi kami. Sepanjang 6 hari di HCMC kami hanya naik teksi jenama Vinasun shj di sini krn ia mempunyai reputasi yg baik (melalui research yg dibuat..hehe)


Sy telah membuat tempahan hotel melalui Agoda 2 bln sblm kami terbang (Hotel Blue River 2). Alhamdulillah, receptionist hotel (Mr.Manh) boleh berkomunikasi dlm bahasa Inggeris dan ia memudahkan urusan kami.  Manh juga sgt baik hati kerana memberikan sy bilik yg lebih besar & mempunyai tingkap (wpun bilik yg sy tempah adalah kecil & tdk mempunyai tingkap). Seusai check-in, kami berehat sebentar untuk menyegarkan badan. 




Lokasi pertama kami sudah tentu Ben Than Market, dari hotel ke sana hanya 10 minit berjalan kami dan kalau nak naik teksi tambang hanya sekitar 20,000 VnD shj. Kami berjalan kaki krn ign meninjau-ninjau suasana di sini lgpun hari masih cerah. Telinga kami bingit di sapa bunyi hon yg tidak henti2 dr kenderaan di sini. Motorsikal merupakan kenderaan utama dan jgn terkejut kerana di sini mereka tidak menggunakan signal utk membelok ke mana2 lorong.. hanya hon sbg signal utk membelok, memotong dsb. Kecut perut kami nk melintas jalan antara round-about & Ben Than Market krn jalannya sgt luas dan motorsikal tidak henti2 bertali arus. Namun setelah memerhati beberapa org tempatan melintas maka fahamlah kami cara di sini. Kalau nk melintas, lintas saja.. nanti pandai2 la motorsikal tu nk mengelak. Lucu tp agak kagum krn selama 6 hari di sini kami tidak melihat sebarang kemalangan jalan raya berlaku.



Kami sempat meninjau2 Ben Than Market di bhgn dalam tp x beli apa2 pun sbb misi shopping pertama adalah di Cho Lon pd keesokan hari. Ben Than Market ni beroperasi dr pagi sampai pkl 6pm jer, kemudiam sekitar jam 7 akan ada pasar malam pula ala2 uptown. Lepas ronda Ben Than Market kami ke Saigon Square pula yg jaraknya 5 minit berjalan kaki. Di Saigon Square ni mereka jual baju & handbag yg branded la sikit. Sempatlah sy membeli 2 blaus.. tp saiz baju kt sini agak kecil. Klu biasa kita pakai saiz M so kena beli saiz L la kt sini. Perut pun dh lapar jd kami kembali ke Ben Than Market mencari kedai makan halal. Banyak juga kedai makan & restoran halal di sini. Tapi klu sesiapa yg mmg ada limited budget mcm kami ni. usahlah pergi makan di restoran berhawa dingin krn harga sepinggan nasi ialah 100,000VnD (RM15). Bayangkan kami ber9 org ni..hahaha. Jadi kami makan di Restoran Basiroh je, sepinggan nasi (apa2 lauk x kisah) harga 50,000VnD (RM8). Oleh krn ramai org M'sia yg dtg ke sini maka lauk di restoran ini pun ala2 makanan kita la.. ada ayam goreng, gulai ikan, sayur goreng dan mesti x ketinggalan sambal belacan.

Pasar malam di Ben Than Market mmg meriah, dari buah-buahan, tshirt, kain, beg, kopi dan makanan tempatan. Malam pertama ni sbb duit byk lg sy beli 1 lukisan dinding lacquer bermotifkan buluh, mmg cun giler la lukisan ni. Di HCMC ni tawar menawar adlh satu kemestian. Lukisan sy sbg contoh berharga 850,000VnD tp setelah tawar menawar sy dpt beli dgn harga 550,000VnD jer. 

Day 2

Kami bersarapan di hotel. Ada beberapa menu yg boleh kami pilih antaranya roti, telur dadar, kopi/teh dan pisang. Kerana tidak yakin dgn roti yg dihidangkan, sy hanya bersarapan dgn milo & roti yg di bawa dr rumah. Destinasi kami hari ini adalah Cho Lon, jadi kami bawa bekal megi yg ditoskan airnya & digaul dgn perencah, pisang & beberapa peket milo. Seronok kami memborong kain2 di sana. Kelebihan di Cho Lon ni sbb kain yag dijual dlm kayu lg jd senang la kita nk beli brp meter pun berbeza dgn di Ben Than di mana kainnya telah dipotong 4 atau 3.5 meter. Penat memborong perut pun laparlah, nasib baik ada bekalan megi td. Berselera kami makan wpun megi dh sejuk.



Kami balik ke hotel utk berehat dan pergi ke Ben Than semula utk makan pd jam 5ptg. Sy bawa beberapa helai kain yg diborong td utk di buat baju krn kononya HCMC ni mmg terkenal dgn custom tailor. Sy sgt kagum dgn Happy (tailor) krn beliau sgt fasih berbahasa melayu dan ia sgt memudahkan komunikasi kami. Sy tempah 4 helai jubah dan 2 baju kurung di sini yg berharga RM45/pasang.. dan jgn terkejut krn kesemua baju tu siap dlm masa sehari shj. Suami pun tidak kurang ghairahnya, dia menempah 1 suit, 1 baju melayu, 2 kemeja & 3 seluar yg jumlah kesemuanya hanya RM350. Fuhhh.. lari bajet kami gara2 menempah baju di sini tapi berbaloi mengenangkan kos menempah di M'sia.



Day 3

Sy dh hampir kehabisan wang yg di bawa, mujurlah hari ni hari gaji...hehe. Jadi selepas bersarapan kami ke Saigon Square 2 pula. Selepas withdraw duit di ATM barulah rasa boleh bernafas semula. Jadi merujuk kpd wishlist kami perlu membeli jam tangan!! Tiada yg menarik sgt di sini krn blaus2 di sini tidak sesuai dgn imej baru sy yg ignkn penampilah lebih muslimah. Jadi kami ke Ben Than lagi. Hari ni giliran Ani dan Mama pula menempah baju. Sy dan suami memborong beberapa pasang kain english cotton krn di Cho Lon smalam kami sudah kehabisan duit utk memborong. Selepas lunch di Restoran Basiroh sy ke travel agen berdekatan utk membeli pakej ke Mekong utk hari esk. Alangkah kecewanya sy krn utk ke Floating Market sy perlu membeli pakej 2 hari. Jadi sy hanya beli pakej Mekong Ben Tre shj. Harga di sini USD18/org.. sy terus membayar tanpa membuat perbandingan di travel agen lain yg mana ia merupakan suatu kesilapan besar. 



Kami mengambil keputusan utk meronda2 bandar ini dan melawat Palace. Kami sempat ke HCMC Museum dan bergambar di sini. Tapi sebelum itu en.suami telah kena tipu dgn penjual kelapa yg sgt peramah. Si penjual begitu peramah menunjukkan pintu masuk ke museum dan menawarkan gandar kelapanya utk kali berfoto. Selesai bergambar dia pantas membelah 4 biji kelapa wpun kami x minta dan kesannya suami perlu membayar 300,000 (RM47) utk 4 biji kelapa..moralnya jgn terlalu peramah di negara org..hahaha. Kami bertanya direction kpd seorg gadis utk ke Palace, si gadis memberikan direction yg beza dr peta, namun krn sy berbaik sangka kami turuti direction yg diberikan...tp akhirnya kami sesat dan kepenatan. Akhirnya kami bergegas pulang ke hotel tanpa sempat ke Palace krn waktu Asar hampir habis.













Day 4

Yeayyyy..hari yg di nantikan telah tiba. Awal2 pagi lagi kami menunggu bas utk ke Mekong menjemput kami. Sambil2 menunggulah sy mendpt tahu bwh pakej yg sy beli ini sgt mahal krn hotel kami pun menyediakan pakej yg sama dgn harga USD10 shj...sy telah rugi USD40 krn terlalu gelojoh..huhu. Tp tidak mengapalah, jdkan ia sbg pengajaran. Lawatan kami adalah ke Ben Tre iaitu semua pulau di tengah2 Sg. Mekong. Sedikit imbasan ttg Mekong klu kamu semua dh lupa belajar Geo masa sekolah dulu. Mekong merupakan sungai terpanjang di Asia. Ia bermula di China merentasi Laos, Vietnam, Kemboja dan berakhir di Thailand (correct me if i'm wrong..hehe). Di Vetnam Mekong terpecah kpd 9 anak sungai.. tp anak sunagi dia pun luasnyerrr.. sampaikan en.suami confuse ni sungai ke laut..hehe.

Gambar kat bawah ni adalah flyer dr Vietsea Tourist.. sy recommend travel agent ni sbb harganya sgt berpatutan & perkhidmatannya pun bagus (cuma bas dia kecil sedikit)







Mula-mula kami berhenti di sebuah tokong, 95% penduduk Vietnam beragama Buddha. Sebagai warga asal Kelantan tidaklah begitu teruja sgt sbb byk tokong Buddha di Kelantan cuma uniknya oleh kerana Vietnam merupakan gugusan Indochina maka senibinanya pun ada unsur2 China la sikit, ada patung buddha gemok yg kelihatan gembira sekali selain patung buddha baring. 

Perjalanan ke sana mengambil masa kira-kira 2 jam 30 minit. Walaupun jaraknya hanya 40km, tp perjalanan mengambil masa yg lama kerana faktor jalan yg kecil & motorsikal yg byk. Bas kami parkir di sebuah jeti, dan dr jeti kami menaiki perahu ke pulau tersebut. Sempat jugak la Tourist Guide kami (Buffalo) belanja air kelapa sblm naik perahu. Itinenary utk lawatan ini ialah:-
  • Minum honey tea
  • Persembahan nyanyian
  • Naik sampan meredah sungai nipah 2km
  • Naik perahu ke another side of the island
  • Naik kete kuda utk ke restoran
  • Lps lunch naik perahu utk kembali ke jeti
Oleh kerana memberi tips bukan budaya kita di M'sia, sy sedikit bengang apabila tourist guide pula yg menentukan brp yg perlu sy beri kpd setiap yg terlibat sepanjang lawatan kami. Jadi uolss boleh bygkan brp byk tips yg perlu diberi..huhu


















Kami tiba di hotel pada jam 5 petang, sempatlah kami solat jama' takhir di hotel shj. Malamnya kami ke Ben Than utk makan dan shopping la sikit. Malam ini kami cuba pula makan di sebuah gerai mi tidak jauh dr Restoran Basiroh, ternyata mi supnya sgt sedap dan kos makan kami ber9 juga lebih murah dibandingkan makan di Basiroh. Buat kali pertama kami sempat membeli donat dr seorg kakak yg menjaja menggunakn motor. Donatnya sgt sedap dan wpun dah 3 hari tersimpan ia masih lg lembut dan yg penting tidak basi. Kami menempah nasi dan mi goreng utk dibawa bekal esk hari dgn harga 50,000VnD sebungkus.



Day 5

Sy, suami & adik ke Cu Chi Tunnel utk melihat sendiri terowong yg dibina oleh org Vietnam & peninggalan  peperangan yg masih ada di sana manakala Ani & yg lain pegi ke Suoi Tien Theme Park. Sy merupakan bekas ROTU dulu maka tidak hairanlah Cu Chi Tunnel begitu menggamit hati sy utk ke sana. Kali ini kami pegi ke sana dgn pakej di hotel. Kami sempat singgah di kilang membuat lacquer dlm perjalanan ke Cu Chi. Istimewanya kilang ini ditubuhkan oleh kerajaan Vietnam bg membantu golongan OKU akibat Agen Orange. Lacquer di sini mmg sgt cantik dan ada antaranya tidak ada di Ben Than, hati teringin nak beli namun apakan daya poket dh semakin nipis.






Sambil menunggu yg lain sempat kami makan krn tidak sempat bersarapan di hotel td, dengan begitu gelojoh kami bertiga makan krn takut ditinggalkan bas. Patutla org Vietnam ni kecik sbb mereka makan sikit jer.. bygkan sebungkus nasi tu hanya 1/2 je dr portion sy selalu makan (biasanya sy makan nasi separuh). Tp syukurlah dapat juga kami makan.

Kami teruskan perjalan ke Cu Chi, sampai di sana kami menonton tayangan video dan diberi taklimat oleh Mr.Bean (Tourist Guide). Kami sgt bertuah krn Mr.Bean merupakan org lama, jd semua cerita beliau ttg peperangan dan Vietnam adalah dr pengalaman beliau sendiri.










Di penghujung lawatan ini, pengunjung boleh merasai sendiri pengalaman menembak dgn peluru hidup. Adik begitu teringin tetapi oleh krn sebutir peluru utk M16 pun dh berharga 40,000VnD terpaksalah dia batalkan keinginan itu. Sy sendiri kempunan kerana rindu nk merasai tujuhan M16 di bahu di & mendengar desingan bungi peluru merentas udara..

Habis lawatan kami kembali ke bandar HCMC, sy dan suami pergi ke Ben Than lg utk makan & membeli kain utk uniform fotografi kami.

Seperti malam2 sblm ini, kami sekeluarga ke Ben Than utk makan malam & mi sup menjd pilihan. Pada malam terakhir ni kami membeli kopi sbg buah tngan kpd makcik2. Barulah sy tahu bhw Hazelnut Coffee spt di Old Town tu rupanya sejenis kopi dan bukannya kopi + hazelnut..hahahaha...kagum..sgt kagum krn rupanya ada pelbagai jenis kopi spt espresso, weasel, hazelnut etc. Kami beli kopi weasel/luwak krn ia kopi paling mahal. Namun sbg org yg bukan peminum kopi sy xdpt membezakan rasanya pun tp baunya mmg sgt harum & menyegarkan.

Pada malam ini jugalah kami baru discover rupanya pasar mlm ni ada 2 sided mengelilingi Ben Than, selama berhari2 kami hanya pusing2 di 1 side shj.. alangkah ruginya. Patutlah sy tidak jumpa deretan kedai menjual kasut krn di another side itulah deretan menjual kasut. Satu kerugian besar krn sy sudah kehabisan duit.

Kat bawah ni sedikit gambar Suoi Tien Theme Park dari kamera Ani.






Day 6

Hari terakhir di sini, ayah dr pagi menyuruh kami bersiap cepat padahal tiket kami jam 1.20pm.. sy turun bersarapan lambat dan alangkah sedihnya krn semua makanan telah mereka habiskan..sy kelaparan..huhu..

It's time to say good bye.. tp sy pasti ke sini lg utk shopping..shopping..shopping... Di dlm flight sy mengira semua perbelanjaan di HCMC (utk shopping shj) dan OMG..OMG...botakla kak ton lps ni :p


Saya share bahan bacaan sy a.k.a bahan rujukan yg sy baca sblm terbang ke HCMC spy ia juga berguna utk kamu semua... sila klik di SINI