Wednesday 20 March 2013

Promosi Fotografi & Videografi


Dengan gembiranya kami menghebahkan promosi besar-besaran sempena penggabungan usahasama antara Fantasy of Cheritera Photographic dan Pixelmate Studio. Jangan lepaskan peluang keemasan ini tau..!!

Monday 4 March 2013

Destinasi Cinta :: Azhar & Effa ::

Ini job yg pertama di Batang Kali, kelakar jgk sbb dh bertahun2 berkecimpung dgn wedding photography, dh merata-rata tempat pegi tapi ini lah kali pertama dpt job kt sini. Kelakarlah sbb ari2 dtg Batang Kali ni mencari sesuap nasi.. (kerja tetap kt sini la). Mungkin x cukup buat 'marketing' kt sini kot.

Btw kisah pasangan pengantin kali ni mmg menarik & ada suatu mesej yg sy ign sampaikan kpd kawan2. Seronok melihat kebahagiaan kedua-dua mempelai & keceriaan kedua belah keluarga yg meraikan penyatuan cinta mereka. Mana tidaknya, di usia 36 tahun mereka bertemu jodoh dan mengakhiri zaman bujang. Sambil menunggu rombongan pengantin tiba untuk majlis akad nikah kami sempat berbual panjang, baru lah sy tahu rupa-rupanya sy pernah berkunjung ke rumah Kak Effa 2 tahun yg lepas pada hari kematian ayah beliau. Al-fatihah buat allahyarham Pakcik Ibrahim. Berbicara dgn mereka yg telah kehilangan ibubapa membuatkan sy ign lebih menghargai ibubapa sementara mereka masih ada.

Melihat kegembiraan mereka membuatkan sy terkenang kpd beberapa org sahabat yg masih membujang, masih tercari2 'another half' mereka. La tahzan.... yakinlah Allah mempunyai rencana yg jauh lebih hebat utk kamu, DIA tahu apa yg terbaik utk kamu. Usahlah bergalau hati.. mmg betul org kata jgn terlalu memilih tapi klu x pilih xkan sembrono saja kita mahu memilih pasangan hidup. Lebih baik membujang sampai ke tua drp berkahwin dgn org yg salah & membuatkn jiwa merana. Sematkan misi ini : Mencari Teman Terulung.. so, enjoy ur life girls...

Terpancar kebahagiaan mereka.. itulah yg sy suka ttg wedding photography. Menjadi saksi penyatuan dua hati, dua jiwa yg saling melengkapi. Kepada Kak Effa & Abg Azhar, tahniah dr kami.. semoga kebahagiaan berkekalan.