Friday 28 December 2012

Mahligai Cinta :: Ejul & Atie ::

Kali ini kami ke Bukit Kapar, Meru. Perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit melalui Lebuhraya Latar dari Tanjung Malim. Ketika kami sampai tetamu sudah ramai dan sedang menikmati pelbagai juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Hati tertanya-tanya kenapa tetamu sudah ramai sedangkan majlis persandingannya besok.

Jawapannya adalah kerana majlis perkahwinan ini dijalankan 3 hari 3 malam dan jiran tetangga sekampung akan datang untuk makan di rumah pengantin. Hebat kan.,,?!! Zaman sekarang masih ada lagi keraian seperti ini. Hati bertambah kagum kerana semua juadah & persiapan dibantu oleh orang kampung yang siang malam bergilir-gilir dan bergotong-royong bagi menjayakan majlis ini.

Majlis pernikahan dilangsungkan di sebuah masjid tidak jauh dari rumah pengantin selepas Zohor. Kedua-kedua belah pengantin ditemani oleh keluarga terdekat yang menjadi saksi ikatan suci antara mereka. Dengan sekali lafaz sahaja, Atie sah menjadi isteri kepada Ejul.






Selepas Isyak, majlis diteruskan lagi dengan Malam Berinai. Majlis berlangsung meriah dengan kehadiran para tetamu.





Satu lagi kejutan yang kami dapat lihat pada tugasan kali ini adalah adat & budaya yang mungkin tiada di tempat lain. Di sini, pihak pengantin tidak perlu mengupah mana-mana persatuan untuk membuat persembahan silat sebaliknya para tetamu dengan sukarela membuat persembahan tersebut. Bukan seorang dua sebaliknya ramai!! Sangat mengujakan!! 

Selain itu terdapat juga tradisi 'Ambung' (kalau x silap) di mana lelaki / perempuan yang masih bujang akan diusung beramai-ramai & dibawa kepada pengantin untuk dicium. Owh.. sudah semestinya lelaki hanya mencium lelaki & perempuan dengan perempuan. Bayi juga akan diambung mungkin sebagai mengambil berkat supaya pasangan pengantin baru muadah mendapatkan zuriat.

Acara akhir sekali sebelum pengantin dibawa bersanding di pelamin adalah acara yang dinantikan oleh kanak-kanak, apa lagi kalu bukan menabur/membaling gula-gula.








Kepada Ejul & Atie, tahniah diucapkan. Semoga rumahtangga yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga.

Thursday 13 December 2012

Tahajjud Cinta :: Naim & Aiman ::

apabila dua hati bersatu kerana Allah


Ini merupakan tugasan fotografi kami yg pertama di Kelantan. Walaupun majlisnya ringkas tetapi tetamu yang datang tidak pernah putus-putus. Kami meninggalkan majlis sekitar jam 6 petang tetapi dimaklumkan sehingga ke malam tetamu masih menghadiri rumah pengantin. Inilah senario yg berlaku di Kelantan yang mungkin tiada di negeri lain.

Sesi outdoor kami laksanakan pada keesokan harinya di Pantai Sri Tujuh. Sesi penggambaran berjalan dengan lancar & seperti yang diharapkan krn kedua2 pengantin memberikan kerjasama yg cukup bagus.






    

     

    

   


Akhir kata tahniah kpd Naim & Aiman.. semoga kebahagiaan berkekalan sehingga ke Jannah.

Andy & Rini














Enchanting Babelicious :: Alisya ::















Cinta Bersatu :: Kapten Ismail & Hidayah ::