Friday 25 October 2013

Sireh Pulang Ke Gagang



Waduh... puitis sungguh tajuk entri kali ni. Nah ini definisinya...

Dalam kosa kata bahasa Melayu, banyak perkataan gagang yang berpasangan dengan perkataan lain untuk menerbitkan bentuk frasa kata. Misalnya frasa gagang sirih (tangkai sirih), gagang pena (tangkai pena), gagang pistol (pemegang pistol), gagang cerek (pemegang cerek) dan gagang telefon (pemegang telefon).

Orang Melayu menggunakan perkataan gagang ini dalam ungkapan peribahasa. Antara contohnya termasuklah "balik gagang" dan "seperti sirih pulang ke gagang". Sirih pulang ke gagang pula bermaksud kembali kepada asal.



Tajuk ini ada kaitannya dengan kepulangan sy ke kampung halaman yg telah hampir 4 tahun tidak dikunjungi... Bandung!! Pasti terbayang syurga membeli-belah apb terbayangkan Bandung..kan3x? Kunjungan kali ini adalah tidak dirancang sama sekali wpun sebenarnya telah 2 kali terlepas peluang tiket murah apb AA membuat sale. Ada kisah disebalik kepulangaan ini.. dan yang pasti ia sgt bagusss.

Al-kisah, sy mencari susu kuda untuk dibuat ubat..melalui pencarian di laman sesawang susu kuda dlm bentuk cecair hanya boleh diperoleh dr Jakarta. Oleh krn kos penghantaran antarabangsa sgtlah mahal justeru sy dengan muka tak malu meminta pertolongan drp seseorg yg kebetulan ke Bandung untuk membentangkan kertas kerja. Nak dijadikan cerita, susu yang dihantar oleh penjual susu sampai lambat di hotel tempat teman sy menginap & menyebabknnya dihantar semula ke Jakarta. Ralat dengan keadaan itu sy mencari2 tiket murah di AA dan akhirnya jumpa.. RM200/org pergi & balik dan yg lagi best sy berkesempatan untuk menyambut Aidiladha di sana.



Day 1

Maka terbanglah sy bersama-sama suami, ayah & mama ke Bandung meninggalkan adik beraya bersendirian di sini. Oh ya, kami menaiki pesawat dr KL - Jakarta kerana tiket ke Bandung mahal untuk tarikh tersebut cuma pulang je terus dr Bandung - KL. Seperti percutian sblm ini, sy parkir di LCCT cuma kali ini memilih Zon C krn byrannya lebih murah. Wpun keluar dari rumah seawal jam 4.30 namun kelam-kabut juga kami krn nk mengejar waktu subuh krn pesawat seawal jam 7 pagi. Alhamdulillah sempat juga naik pesawat setelah mendengar pengumuman terakhir.

Di Jakarta, kami dijemput oleh AA Zul & UU Endang.. AA adalah panggilan untuk abang manakala UU atau Om adalah untuk pakcik. AA Zul adalah suami sepupu sy yg memiliki syarikat tour guide sendiri di Bandung. Kami muter2 Jakarta sekali lalu & hanya singgah di Monas untuk berfoto. Jakarta nampaknya tidak macet malah tidak kelihatan penjaja2 di tepi jalan seperti dahulu. Dari Jakarta kami melalui jalan lama kerana mama kepengen ke Puncak. 



Puncak adalah kawasan tanah tinggi di mana terletaknya ladang teh.. (ala2 cameron la). Kami melalui pekan lama sepanjang perjalanan ke Bandung, menyaksikan deretan kedai yg menjual pelbagai hasil tani seperti keledek, singkong, labu, pisang, sayur-sayuran yang kelihatan segar & 'sihat'. Ayah berulang kali menunjukkan kami peyem... iaitu tapai ubi kayu yang bergantungan di setiap kedai. Sekiranya kamu mahu ke Safari dari Jakarta, inilah jalan yang akan dilalui.






Kami singgah makan di sebuah kedai makan sunda. Kerana perut rasa tidak selesa gara2 masuk angin krn makan lewat malam td sy kurang berselera utk makan. Suatu kerugian yang teramat sgt.. Di sini ada penjual cincau daun. Daun cincau mmg di tanam mama di rumah tp oleh kerana tak tahu cara penyediaan yang betul cincau itu berbau daun yang sgt kuat sehingga tidak mampu ditelan oleh kami. Tetapi cincau yang dibuat oleh AA itu mmg sedap & xde bau daun. Lantas setelah membeli beberapa cup air cincau mama bertanyakan cara2 membuat cincau drp AA itu. Untung2 boleh buat bisnes cincau apb pulang ke Msia nanti.

Perjalanan kami lambat-lambat seperti siput gara2 macet selepas turun dari Puncak.. capek sekali kerana kami sampai di Cipadung pada jam 10 malam sedangkan sampai di Jakarta jam 8 pagi. Boleh bayangkan x? Jadi gunakalah highway kalau tidak mahu membuang masa krn macet..huhu.

Malam itu kami tidur di rumah UU Euis. Malam pertama & sy sudah merasakan Bandung tidak sedingin dulu. Kalau kamu datang ke Bandung, cuba perhatikan.. tiada kipas di toko-toko apatah lagi di rumah (kalau ada pun tidak byk) krn Bandung yang terletak dikelilingi gunung mmg dingin... cuma ia tidak sedingin dulu. Sy yang biasa tidur dgn kipas berasa agak lemas, mujurlah ada kipas tangan dibawa. Sy terus mengipas-ngipas sehingga terlena.


Day 2

Lena sy dikejutkan azan subuh seawal jam 4 pagi. Khuatir terlajak cepat2 sy bingkas utk berwuduk & solat kemudian menyambung tidur sblm agenda pertama iaitu ke makam nini (nenek). Kami berempat ke makam nini menaiki motor tetapi baru separuh jalan terpaksa berjalan kaki krn ada pasar minggu sepanjang jalan ke sana.


Pasar minggu di sini dipanggil pasar kaget... knp kaget? sbb ia menyebabkan jalan ditutup utk memberi ruang kpd peniaga, maka org akan terkejut melihat macet di sana..hahaha. sy amat suka melihat pasar jika berpeluang ke luar negara krn kita dapat melihat kehidupan masyarakat setempat.






Cendol kat sini mmg super sedap krn menggunakan aren iaitu gula kabung asli..yummy!! tapi awas.. org Bandung ni pemanis jd jika kamu x suka manis spt sy sila bgtau untuk kurangkan gula. sy sgt suka ke Bandung krn aneka street food... sy sempat makan cilok, tahu bulat & cendol di pasar kaget ini.

Pulang dari pasar kaget kami ke pasar di UNPAD pula.. UNPAD ni adalah singkatan utk sebuah universitas yg sy kurang igt nama penuhnya. Di Bandung ni mmg banyak sekali pusat pengajian tinggi. Di sekitar UNPAD shj ada 3 IPT berdekatan. Kebetulan AA Zul tinggal berdekatan UNPAD jadi kami ke sana menaiki motor. Jarak Cipadung ke sana dlm 30 minit (beserta jem ye..). namun malang sungguh kami krn motor yang sy naiki bersama2 suami disenggol sebuah van menyebabbkan no. plat motor patah. No plat di sana panjang.. jd mmg senang la kena gesel kan apatah lg dlm keadaan macet. Beraneka barang dijual di sini, sempatlah sy membeli beberapa helai blaus & menempah signage utk rumah. Gerai makan di pasar biasanya hanya membentangkan tikar atau kanvas sbg lapik.. ala2 berpiknik gitew...






Malang kedua berlaku dlm perjalanan kami pulang dr pasar UNPAD. Kami telah ditahan oleh pak polisi kerana kesalahan membuat u-turn sebelum plaza tol. Sy menyedari suami memotong motorsikal ayah namun sy berbaik sangka suami ingat jalan pulang ke Cipadung. Nak dijadikan cerita kami telah melalui jalan yang salah dan menghala ke highway. Di Indonesia hanya mobil sahaja dibenarkan melalui highway dan polisi pula ada di merata-rata tempat sepanjang jalan raya. Jadi apabila kami membuat u-turn tentulah kami menjadi sasaran polisi. Polisi meminta kami menunjukkan road tax & SIM (surat izin mengemudi) iaitu lesen. Alamak… sudah tentulah kami tidak mempunyai lesen Indonesia apatah lagi lesen antarabangsa. Pak polisi itu menggertak kami..situasi pada ketika itu mmg sgt genting. Sudahla sesat, kena tahan polis.. & usaha menghubungi ayah juga gagal. Kalau kamu berada di tempat kami, apa yang kamu akan lakukan??? Tepat sekali... katakan YA kepada rasuah :p

Setelah berjaya meloloskan diri dr polis, kami meneruskan perjalanan pulang ke Cipadung berdasarkan signboard jalan. Alhamdulillah, kami berjaya sampai ke rumah UU Euis. Setibanya di sana kami disambut oleh UU Adang & anak-anaknya. Beliau mengajak kami ke Sumedang menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya. Sumedang adalah origin tauhu semedang yang terkenal gurih & raos itu. Maaf sy tidak dapat memaparkan fotonya disini kerana pengantin perempuan free-hair. Untuk ke Sumedang kami melalui jalan ke UNPAD sekali lagi. Mata kami disapa beberapa ekor monyet yang dipakaikan baju seperti manusia. Biasanya orang yang melalui jalan itu akan melemparkan duit syiling untuk dikutip oleh sang monyet. Kelihatannya lucu & menghiburkan namun sy berpendapat ia adalah suatu bentuk perhambaan binatang.


Oh ya, ini adalah kedai yang menjual tauhu sumedang yg raos pisan itu... sy perasan ada byk juga kedai dgn jenama ini, mungkin cawangan @ mungkin juga francais. selamat mencari..!!




Jika kamu ke Bandung cuba perhatikan setiap kali pemandu kereta ingin parkir di bahu jalan atau mahu masuk ke simpang jalan akan ada org yang menjadi 'polis trafik tidak bertauliah' membantu. Kemudian pasti pemandu akan menghulurkan uang kpdnya. Apb ditanya kpd AA Deni knp harus memberi uang kpd org tersebut, jawapannya mudah.. krn org tersebut sudah membantu & memberikan jasa kpd kita maka harus memberi uang sebagai saguhati. Kami tanyakan lg, apakah boleh kalau tidak mahu memberi uang? Jawabnya juga mudah.. apb org dh berbudi haruslah kita membalas jasanya. Situasi yang sama sekiranya hujan turun & ada seseorg yang membantu memayungkan kamu, bantuan itu bukan percuma.. sebaliknya bantuan itu adalah cara beliau mencari nafkah.

Pulang dari Sumedang kami mengemas beg utk berpindah tidur di rumah Teh Rika pula.


Day 3

Hari yang dinanti2 oleh kami iaitu hari utk berbelanja di Pasar Baru & factory outlet. Wpun subuh di sini seawal 4 pagi namun aktiviti harian bermula pada jam 7 atau 8 pagi. Jadi pada sy sudah agak siang kerana matahari sudah meninggi. Sebelum ke Bandung, kami singgah di rumah Aki Ema & UU Adang. Aki Ema adalah adik atuk sy. Di rumah UU Adang, kami agak kagum melihat kucing beliau yang mempunyai kalimah ALLAH di badannya.



Dari Cipadung ke BAndung mengambil masa 1 jam 30 minit.. bergantung kpd keadaan macet. Untuk berbelanja di Pasar Baru kamu seharusnya paling kurang memperuntukkan masa 1 hari suntuk di sini. Beraneka barangan boleh dibeli di sini antaranya telekung, baju, tudung, kain dll. Sy cuma diberikan masa 2 jam sahaja di sini jadi sy beli apa yang sy jumpa dan bukannya mencari apa yang ada dalam senarai. Tawar menawar adalah suatu kemestian sekiranya anda datang ke sini. Saya cuba berkomunikasi dengan bahasa Sunda yang sy tahu.. sekadar beberapa perkataan asas sahaja. Saya sendiri tidak tahu sama ada harga yang saya peroleh adalah murah atau mahal tetapi jika dibandingkan harga untuk sehelai skirt di Pasar Baru & pasar UNPAD sama shj jd sy membuat kesimpulan itulah harga standardnya. Semasa memborong cotton sulam di sebuah kedai di sini,  seorg salesgirl memberitahu money changer yang menawarkan tukaran Rp3500 untuk RM1 tp lokasinya agak jauh iaitu The Golden (klu x silap). Sejauh mana kebenarannya sy sendiri tidak tahu tapi suatu hari nanti saya akan mencuba.


Kami seterusnya makan siang di Restoran Nasi Bancakan sebelum ke factory outlet. Oleh kerana hujan, kami hanya sempat ke The Secret sahaja. Harganya tentulah agak mahal berbanding harga di Pasar Baru justeru hanya 1 sahaja hasil tangkapan di sini. Selesai solat kami ke Pasar Raya Yjogja dan Toko Tiga untuk mencari beberapa baju yang di pesan oleh adik. Harga untuk t-shirt Polo & kemeja di sini agak mahal & saya rasa kalau beli kt Sogo masa sale tentu dapat harga yang lebih murah.





Malang ke-3 kami di sini apb AA Deni memandu mobil terlalu rapat dengan selekoh ketika menuruni tempat parkir menyebabkan tayar bocor. Seorg petugas parkir membantu kami menukar tayar. Kami pulang sudah agak malam. Perjalanan dari satu tempat ke satu tempat agak lambat kerana keadaan yang macet. Oleh kerana sudah berjanji, malam itu kami makan malam & tidur di rumah Teh Rima.


Day 4

Hari Raya Aidiladha... baju raya kami adalah sepasang baju batik yang dibeli di Pasar Baru semalam. Kami solat sunat di masjid berdekatan rumah Teh Rima. Semasa bertakbir seorg gadis memakai mukena (telekung) berwarna merah mak ngah bercorak ala2 pareo melintas dihadapan sy. Inilah telekung yang sy nampak semalam di Pasar Baru yang merupakan trend terkini di sana. Cantik mmg cantik.. tp sy berpendapat telekung tidak perlu berwarna terang & bercorak2 indah begitu kerana dikhuatiri mengganggu kekhusyukan solat & memesongkan niat sebenar untuk beribadat.. wallahua'lam



Pagi itu kami dijamu dengan menu istimewa (x igt nama...haha) di rumah Ami. Ami adalah adik Teh Rima yang sebaya dgn sy & skg tinggal bersebelahan dengan rumah Teh Rima shj. Beliau memiliki sebuah tadika yang diuruskan oleh beberapa org adik-beradiknya juga bersebelahan rumah.. syok kan begitu? Kami bersantai2 di rumah Teh Rima krn encik suami demam dr malam td. Teh Rini yang juga sepupu sy datang untuk bertemu kami. Teh Rini adalah sepupu sy yang paling cantik tetapi kulitnya skg berjerawat & kusam. Rupa-rupnya ia disebabkan beliau menggunakan produk Tabita..huhu. Teh Rima mempromosikan sy produk skin care yang beliau gunakan skg, beliau lantas menghubungi Ibu Rina yang menjual produk tersebut. Ibu Rina datang ke rumah dan membuat diagnostic kulit sy & mama. Kami berdua akhirnya membeli produk tersebut & berharap ia membuahkan hasil spt yang diharapkan... maklumlah agak mahal.

Kami ke rumah UU Euis untuk beraya sblm ke rumah Puput untuk jamuan hari lahir anak beliau. Di rumah UU sy diandam oleh Teh Rika dengan memakai persalinan tradisional Sunda krn kami merancang untuk membuat sesi photoshoot di sawah berdekataan rumah Puput.






Kalau ikutkan perancangan asal kami sepatutnya menginap di rumah Teh Lilis malam itu tetapi krn penat asyik pindah2 barang kami pulang ke rumah Teh Rika shj. Cuma sebelum pulang kami singgah sebentar di rumah Teh Lilis yang tidak jauh dr rumah Puput. Sy sgt suka dengan konsep rumah beliau.. di bawah merupakan kantor & tempat percetakan manakala di atas adalah rumah. Inilah konsep yang sy mahukan.. iaitu rumah & tempat bekerja di bawah satu bumbung. Semoga Allah mempermudahkan urusan sy supaya impian ini akan menjadi kenyataan. Aminnnn...

Day 5

Rancangan asal kami adalah ke Tangkuban Perahu & Kebun Strawberry tetapi Tangkuban Perahu ditutup skg krn sedang aktif jadi kami ke Garut saja.. origin Dodol Garut yang juga merupakan dodol kegemaran ramai (tapi bukan kegemaran sy..hihi).  Seperti yang telah sy ceritakan di atas, subuh di sini jam 4 pagi jd siangnya pun cepatlah. Sementara menunggu Teh Lilis datang menjemput kami, kami pergi mencari rumah Ibu Tina. Ibu Tina adalah kawan mama manakala anaknya Emma merupakan teman baik sy semasa di tadika dulu. Setelah bertanya kepada beberapa orang, akhirnya kami ketemu warung makan Ibu Tina. Ibu Tina yang sedang sibuk menyiapkan lauk pauk terkejut dengan kehadiran kami. Beliau lantas menjemput kami ke rumahnya. Sy berpeluang berjumpa Emma yang baru selamat melahirkan anak ke-2nya 4 hari yang lepas. Anak sulungnya Hani saling tidak tumpah mirip Emma waktu kecil dulu. Ibu Tina sempat memberikan resipi untuk dicuba mama.

Kami bertolak ke Garut pada jam 9 pagi. Garut merupakan kawasan pergunungan yang sgt indah. Sebelum bermandi-manda kami ke rumah Aki dulu.. mmg unik perkampungan di sini krn delman (kereta kuda padi) masih digunakan untuk membawa penumpang ke mana2. Aki yang sudah agak uzur menyambut kedatangan kami dengan mesra sekali.




Seterusnya kami ke Sabda Alam, tempat mandi-manda yang menggunakan air mata air panas dr pergunungan. Konsepnya mmg menarik tetapi kolam dan persekitarannya seperti tidak pernah dibersihkan kerana lumut hijau pekat ada di mana-mana. Air kolamnya juga berlumut dan banyak bendasing. Sy faham kolam ini tidak menggunakan klorin tetapi jika ia dibersihkan secara berkala kualiti air dan lumut tidak akan setebal itu. Sy yang sudah setahun lebih tidak berenang geli mencuba utk berenang takut tertelan air itu. Kolam spa ikan juga kotor dengan lumut. Sy pernah ke sini pd tahun 2009 dan pada waktu itu keadaanya jauh lebih baik berbanding kunjungan kali ini.








Kami memutuskan untuk membeli ole-ole makanan di sini je krn terdapat banyak toko yg menjual pelbagai makanan asli Bandung. Sy telah membeli 3kg dodol kacang kegemaran, kerepek nangka, kerepek nenas, kerepek buah salak, pisang salai kering & basah, dorokdok (keropok kulit) & cokodot. Cokodot ni makanan baru tau.. iaitu coklat berinti dodol garut cuma sy memilih cokodot berinti nangka & strawberry. 





Sampai di rumah, kami disambut oleh Cecep sepupu sy & merupakan anak UU Endang & adik Teh Rini. Anak keduanya sgt lucu & celoteh.. Igt x cerita P.Ramlee budak 20sen tu? Mcm itulah anak Cecep si Linda tu. Isteri Cecep juga sgt peramah wpun inilah kali pertama kami berjumpa & beliau memberikan kami brownies kering sbg ole2..sgt enak ok!!

Walaupun agak keletihan kami pergi ke rumah Elvi adik Teh Rika yang tinggal berdekatan. Khuatir ada yang berkecil hati kami tidak mampir & esk kami akan berangkat pulang. Kami disajikan martabak atau di sini apam balik.. raos pisannnn!!

Pulang ke rumah kami mengemas beg lagi...


Day 6

Seawal pagi kami bangun krn mahu ke Ujung Berung iaitu pekan berdekatan rumah kami. Kami menumpang AA Deni yang kebetulan lalu di situ krn kantornya di Bandung. Sekadar ingin melihat2 pasar pagi di Ujung Berung & membeli brownies serta wadah aqua. Pasar di sini masih menggunakan penimbang kati ye. Keadaan pasar agak kotor.. sy yang sakit perut cuba menahan krn takut nak ke public toiletnya. Selepas bersarapan di sebuah gerai sy terus makan ubat pil chi kit taek aun krn takut sakit perut mengingatkan keadaan pasar td. Toko-toko masih belum ada yang buka jd kami jalan2 & bertanyakan beberapa org Toko Brownies Amanda tp semua menggelengkan kepala. Aneh...








Ketika berjalan itulah kami ternampak KFC.. lantas kami ke sana krn ign menggunakan toilet...hahaha. Sekadar memesan 1 hidangan kami menggunakan kesempatan yang ada. Selepas membuang hajat kami berjalan-jalan lg dan sudah banyak toko yang dibuka. Di sini harga kemeja 1/2 dr harga di Toko Tiga.. jd sy pun beli 2 helai utk adik. Sy amat kecewa krn terpaksa melupakan sehelai blaus yang sgt cantik krn ketat. Susah menjadi org gemuk ni kan...



Kami terus berjalan mencari wadah aqua. Wadah bermaksud bekas manakala aqua adalah panggilan untuk air mineral. Wadah ini merupakn trend di Bandung skg. Di sana mereka terpaksa membeli air mineral untuk minum & memasak krn kualiti airnya yang tidak sesuai untuk diminum. Wadah ni seperti set bekas kuih raya yang dh ada port utk bekas kuih. Jadi bekas aqua ni boleh menempatkan 16 cup air mineral. Mmg sgt sesuai utk menghidangkan air kpd tetamu yg dtg ke rumah nanti.

Matahari dh meninggi tp kami masih tidak jumpa Toko Amanda, jd apb ternampak Toko Brownies Vanessa kami terus singgah dan membeli beberapa jenis brownies utk di bawa pulang.

Dipendekkan cerita, kami dihantar oleh 2 buah MPV ke bandara. Bandara Bandung adalah kecil, sampai je muka pintu terus scan luggage. Krn ramai org kami cepat2 pamit dengan saudara mara yg dtg menghantar & meminta bantuan seorg porter untuk mengangkat barang sehingga proses check in selesai. Wpun tertera upah utk 1 beg adalah Rp5000 tp porter sy demand Rp10000 tp xmengapalah anggapkan sedekah. Awal2 lg beg sy yang mengandungi susu kuda kena query.. kastam meminta sy membuka beg & mereka meneliti kandungan susu kuda. Mujurlah beliau membenarkan kami membawanya. Oleh kerana sy hanya membeli luggage 20kg shj maka terpaksalah sy membyr lebihan luggage sebanyak RM250!! Ralat tp x mengapalah mmg salah sy tidak membeli luggage awal2. Tp yang sy sakit hati adalah sikap staf di bahagian tax. Tiap kali nk balik KL di situlah tempat yg membuatkan sy jengkel. Terang-terang tertulis Rp75000 seorg tp bila nk byr dia up-kan jd Rp375000.. sepatutnya cuma Rp300000 je lah. Geram... tp krn malas nk bergaduh kt airport sy biarkan je la. Dalam hati sy x halalkan duit tu kalau msk poket dia.

Kami lunch dengan megi di airport sementara menunggu peaswat..lebih murah, hihihi. Kami tiba di LCCT hampir jam 7 mlm. Perut mula berkeroncong tp sabar dulu krn nk makan malam dengan adik. Kami mengambil kereta di Zon C manakala ayah & mama menunggu di depan Old Town. Parkir utk 6 hari hanya RM197... knp ada perkataan HANYA?? Mmg la agak mahal tetapi jika sy naik teksi pun hampir RM300 utk pergi balik. Petrol sy RM40 + Tol RM25 + RM197.. jd belum RM300 lg kan...




Kami menjemput adik di UPM dan makan malam di warung berdekatan. Teh Ira membekalkan sy 2 bakul tahu sumedang, jd 1 bakul kami makan sementara menunggu order sampai manakala 1 bakul lg untuk ani.

Sy demam & selesema hari ini & sy cuma mahu tidur.. sampai rumah ada toto yang siap terbentang & sy terus merebahkan badan....

Tunggu entri sy yg seterusnya ttg susu kuda ye....

- THE END -

No comments:

Post a Comment