Tuesday 13 August 2013

Pakej Perkahwinan

 
Salam Aidilfitri kepada semua followers FOC.. semoga anugerah syawal kali ini seindah ramdhan anda. Sempena perayaan ini kami ingin mengumumkan pakej2 baru yg kami sediakan, sila PM atau call kami untuk mendapatkan 'best price' kami ye
 
 




Monday 5 August 2013

Sijil Penghargaan : G1GIH

Alhamdulillah, penyertaan yang sekadar 'main-main' & sekadar mencuba nasib membuahkan hasil. Walaupun sijil ni tercatat nama suami namun sy menumpang bangga lantaran sy lah yang mengisi borong & mengarang bait demi bait kata2nya. Bakat penulisan masih ada rupanya..chewahhhh..!!
 
Walaupun sekadar mendapat 'Saguhati' namun kami cukup bersyukur kerana ini merupakan sebuah permulaan yang cukup bagus. Sedikit sebanyak ia menyemarakkan semula semangat sy utk berkarya yang agak malap kebelakangan ini gara2 kesibukan di kolej.
 
 
 
 
Sekadar berkongsi karangan yg tlh sy hantar & mendapat saguhati.. selamat membaca:-D
 
 
Penglibatan awal dalam bidang fotografi adalah kerana minat. Mula berjinak-jinak dengan fotografi perkahwinan dengan menjadi pembantu kepada jurugambar utama. Walaupun mendapat bayaran yang sangat rendah daripada jurugambar utama, namun saya bersabar kerana niat hati adalah untuk belajar dan menimba pengalaman. Selama hampir 5 tahun memjadi pembantu jurugambar, banyak pengalaman yang ditimba dan semakin mematangkan diri untuk mengorak langkah dengan lebih berani. Kemudiannya saya berkenalan dengan seseorang yang mempunyai minat yang sama dan mempunyai wawasan untuk membuka empayar perniagaan dalam bidang kreatif. Kami menggabungkan bakat, pengalaman dan kemahiran bersama-sama untuk membuka syarikat kami sendiri. Dia yang saya maksudkan adalah isteri yang tercinta. Cabaran utama kami adalah untuk memperkenalkan 'nama' kami dan meyakinkan pelanggan dengan perkhidmatan yang kami tawarkan. Pada mulanya kami menawarkan perkhidmatan fotografi dengan harga yang sangat minimum untuk kenalan terdekat dan sanak saudara semata-mata untuk mengumpul beberapa portfolio baru dan secara tidak langsung mereka juga akan membantu kami mempromosikan dari mulut ke mulut. Kami juga mencetak flyers dan banner untuk tujuan pengiklanan. Terdapat beberapa banner kami yang disabotaj namun kami belajar sesuatu daripadaya iaitu kami dapat mengenalpasti di manakah lokasi 'selamat' dan strategik untuk memasang banner. Selain itu, banyak juga modal yang kami perlukan untuk mencetak beberapa 'sample' album untuk memudahkan pelanggan melihat hasil kerja kami. Kami juga turut mengggunakan media sosial seperti facebook dan blog untuk mempromosikan jenama kami.
 
Kami menjalankan perniagaan ini adalah kerana minat dalam bidang fotografi dan kreatif. Justeru kepuasan pelanggan akan sentiasa menjadi keutamaan kami. Kami bukan jurugambar semata-mata, malah kami juga adalah pereka grafik. Kami mereka sendiri album pelanggan kami. Dengan itu kualiti rekabentuk album adalah jaminan yang dapat kami berikan. Kami yakin permintaan terhadap jurugambar wanita semakin meningkat akhir-akhir ini. Justeru gabungan bakat antara kami suami isteri pasti mampu memenuhi kehendak masyarakat kini.
 
Kami yakin media sosial mampu dimaksimumkan penggunaanya untuk mempromosikan 'nama' kami. Pada masa sekarang kami hanya membuat Fan Page di Facebook tapi belum mengiklankannya di 'Ads'. Kami merancang untuk berbuat demikian dalam masa terdekat. Selain itu kami juga merancang untuk membuka akaun Twitter & Instagram untuk mendapatkan lebih ramai follower. Kami juga mempunyai impian untuk mengembangkan lagi 'empayar' kami dengan merekrut beberapa jurugambar baru untuk dilatih sebagai jurugambar yang bernaung di bawah jenama kami.
  
Kepada yang meminati bidang fotografi dan kreatif, yakinlah bahawa bakat boleh dilatih. Harus berani mengorak langkah dan jangan malu bertanya dan mencari ilmu.

Salam Aidilfitri


Pergi ke mana2 pun terdengar lagu raya; dlm kereta, kt pejabat, pegi shopping.. haishhh rimass!! Saya bukan anti HARI RAYA cuma sy berpendapat x perlulah beria2 sgt raya tu. Mmg benar raya tu sekali setahun tetapi Ramadhan juga sekali setahun tp tidak pula org menyambut Ramadhan sakan giler..

Mesti sy akan dikecam kerana kenyataan di atas. Sy tidaklah alim bebenor, namun sy sedang mendidik hati dan iman untuk menjadi Muslimah yang lebih baik. Saya malu utk menyambut raya beria2 kerana sy tahu cetek sgtlah amalan & ibadat sy sepanjang bulan ini. Bila dh sampai ke penghujung barulah rasa menyesal krn tidak cukup sakan beribadat...ehh..herankan..hihi..

Ini tahun kedua menyambut raya bersama suami, kekadang terselit rasa simpati kpd beliau sbb sy buat dek je psl raya sedangkan famili beliau agak meriah menyambut raya. Usahkan membuat kuih raya, langsir dan rumah pun sekadar apa yg ada jer (pendek kata mcm hari2 yg lain lah). Nak mainkan lagu raya di rumah jauh sekali, inikan pula memasang pelita malam 7 likur..hahaha.

Di hari2 terakhir Ramadhan ni eloklah rasanya mendengar zikir2 atau alunan bacaan Quran drp mendengar lagu2 raya yg lagha tu. Lebih elok kita meraih pahala2 sambilan, sambil2 buat kuih atau buat keje di pejabat atau memandu pulang ke kampung.

Di kesempatan ini sy ingin mengucapkan Salam Aidilfiri, semoga segala amal ibadat kita sepanjang Ramadhan diterima dan mendapat keberkatan Illahi. Marilah meraikan hari kemenangan ini dengan penuh kesyukuran.