Saturday 6 January 2018

Travelog 6H5M ke Kota Gudeg (part 2)

Day 2

Pengembaraan kami bermula hari ini. Selepas bersarapan di kedai berdekatan, kami menunggu kereta yang dijanjikan pada jam 7 pagi. Aku dah survey beberapa company, kadar sewaan antara Rp250k – Rp350k utk tempoh sewaan 24 jam & lepas kunci. Lepas kunci maksudnya kita bawa sendiri la. Ada 1 company ni minta security deposit sampai Rp4j, giler ahhh. Jadi selepas baca TripAdvisory, blog etc ada 1 laman web ni yg boleh dipercayai iaitu https://www.yogyes.com. Aku tempah dari Cahaya Car Rental (+628122712299), alhamdulillah semua urusan dipermudahkan & atas dasar saling mempercayai tokey dia x minta deposit pun sbb aku bgtau tak tau camne nk transfer duit ke bank Indonesia. No security deposit juga cuma kena whatsapp IC, passport & lesen memandu. Untuk tujuan keselamatan aku edit la dulu, cross yang mana patut sblm whatsapp kpd dia. Semasa nk ambil kunci pun sekali lagi staf dia semak dokumen tersebut & bagi tujuan security kami kena bagi mereka pegang apa2 dokumen pengenalan diri, aku tinggalkan kad nikah & A tinggalkan kad staf. Untuk makluman, lesen kita boleh digunakan di beberapa buah negara termasuk Indonesia & tak perlu pun ambil International Driving Licence (rujuk perjanjian Konvensyen Geneva, 1949).


Kami mengisi penuh tangki sebanyak Rp250k untuk perjalanan 4 hari, tp pada akhirnya masih berbaki 2 takuk krn ada tempat yang tidak sempat dikunjungi pun mengikut iti kami. Jadi pengajarannya isi la Rp150k – Rp200k je krn sebenarnya kebanyakan jarak tidaklah jauh cuma tempoh masa shj yg dua kali ganda berbanding di Malaysia.


Destinasi pertama adalah ke Kalibiru yg terkenal dengan photo spot yang indah memukau. Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam. Kira-kira 6 km sebelum sampai ke destinasi, kami ditahan oleh sekumpulan brader yang memberitahu bahawa jalan ke sana adalah uphill & downhill yg agak mencabar, boleh bawa kereta tetapi dikhuatri jem. Justeru mereka mencadangkan kami parkir di situ & menyewa sama ada motor scrambler atau jeep. Kami ambil motor dgn sewa Rp100k, mujur kami bawa bersama kasut menoreh kerana cuaca agak gerimis & kami tdk mahu merisikokan kasut baru.. hehe.




Pada mulanya jalan agak santai wpun ada turun naik bukit, teruja aku merakam momen-momen tersebut sehinggalah jalan semakin mendaki almost 70 darjah!! Aku dh tak berani nk rakam, nanti handphone ke mana, aku entah ke mana. Sebelum sampai ke Kalibiru, ada satu wisata baru iaitu Pule Payung. Oleh kerana jalan itu adalah sehala, jadi kami singgah dulu di Pule Payung. Bayaran masuk cuma Rp10k seorg & bayaran parking Rp2k. Cantik nian pemandangannya. Di sini juga ada beberapa photo spot seperti sepeda langit, lolipop, jambatan langit, oval, flying fox. Kami mencuba 2 photo spot sahaja konon nak save bajet untuk di Kalibiru pula. Sepeda langit Rp25k & gratis 3 foto, manakala lolipop hanya Rp10k with unlimited shot cuma setiap gambar yang kita nak akan dikenakan bayaran Rp3k. Kedudukan spot sepeda langit, lolipop, jambatan langit adalah berdekatan, sebelah-sebelah je jadi sangat convinient manakala spot lain di tempat lain (kami x pergi sbb konon nk kejar masa ke Kalibiru – menyesal tak sudah ok). Selesai bergambar kami diberikan kupon untuk tujuan tuntutan gambar di booth yg disediakan. Gambar yg diambil akan diberikan secara softcopy, jadi boleh transfer terus ke handphone atau boleh juga bagi pendrive. Berdekatan photo booth ada warung makan untuk kita minum atau makan ringan-ringan.








Perjalanan kemudian diteruskan ke Kalibiru, dari tempat parkir perlu berjalan ke pintu masuk yang agak tinggi mendaki hampir 60 darjah... oh my!! Kenderaan tidak dibenarkan naik ke sini melainkan anda naik ojek. Ojek ni adalah motor yang bawa orang, ala2 teksi prebet sapu la tapi guna motor. Dengan kaki melangkah malas kami teruskan juga dah alang2 sampai. Di sini ramai sangat orang sehinggakan untuk menunggu giliran di setiap photo spot perlu menunggu 2 – 3 jam!! Oh no... jadi kami sekadar ambil gambar sendiri je. Dalam hati menyesal tak sudah tidak mencuba setiap photo spot di Pule Payung. Walaupun kami membawa DSLR, namun kami tak dapat ambil gambar yg cukup cantik kerana speedlight (flash) tidak cukup untuk melawan backlight. Professional photographer di setiap spot di sini menggunakan 2 speedlight. Kalau uols nak tahu Pule Payung & Kalibiru berkongsi view yang sama, itu yg kami rasa menyesal tak sudah. Setiap spot di Kalibiru terletak agak jauh dan perlu naik atau turun bukit manakala Pule Payung spotnya berdekatan dan jalannya agak selesa terutama jika kita membawa orang tua bersama. Jadi, dari banyak aspek i vote for Pule Payung!! Oh ya, Pule Payung medapat nama dari pokok Pulai yang terdapat di situ.





Kecewa kerana tidak dapat bergambar di photo spot, jadi aku bergambar dgn si burung hantu ni. Pandai betul dia beraksi di depan kamera. Bayaran seikhlas hati tp aku bg la Rp10k krn setiap spot di Kalibiru pun Rp10k. Sambil menunggu giliran aku mendengar bunyi burung mencicip halus, rupanya itu bunyi si Pipit makanan tengahari si burung hantu 😂😂.


Dalam perjalanan menghantar motor ke tempat parkir kereta, kami dapat melihat masyarakat tempatan bergotong royong membuat tembok di tepi rumah masing-masing untuk menghalang hakisan & tanah runtuh. Semestinya tenang dan damai tinggal di keheningan hutan rimba tapi aku mungkin hanya mampu bertahan seminggu sahaja haha. Enggak betah untuk bersusah payah ke warung hanya untuk membeli sekilo gula. Sedangakn di kampung ini saja pun, jika ada long weekend nak beli telur pun semua kedai dh sold out.


Destinasi seterusnya sepatutnya adalah Jurang Tembelan, Hutan Pinus, Hobbit House dan Air Terjun Sri Gethuk. Semasa aku merancang route ini, aku mmg tak yakin pun dapat habiskan semua seperti dalam senarai tp oleh kerana konsepnya adalah santai jadi yang mana sempat sajalah yang akan dikunjungi. Sementelah kami tidak mahu terlalu kepenatan kerana esoknya merancang untuk sunrise di Punthuk Setumbu.

Dalam perjalanan ke Jurang Tembelan yang jaraknya lebih 1 jam dari Kalibiru,kami ternampak signboard Pijat. Pijat adalah urut, kata A alang2 dah ada di Indonesia kalau ada tukang urut kita cubalah mana tau melalui usaha ini ada rezeki anak kami. Jadi kami masuklah ke kampung tersebut & tukang urut tu berumur awal 50-an tp cucunya dh berumur 8 tahun. Makcik ini meminta izin untuk solat asar dahulu, begitu juga dgn A. Selepas solat, kejadian misteri pertama kami di Jogja bermula, jeng3x.

Walaupun WIB (waktu Indonesia Barat) lambat 1 jam berbanding Malaysia namun waktu subuhnya seawal 4.05 pagi jadi sudah tentulah Maghribnya awal juga. Selepas berurut, aku merasakan jika kami teruskan ke Jurang Tembelan tentu senja sudah berlabuh. Jadi kami terus pulang ke hotel yang jaraknya hanya 12km, tp 12km tu 40 minit ye gais.

Untuk dinner aku cuma makan cilok (aci di colok) yg dibeli di depan hotel & A makan megi di warung angkringan berdekatan. Angkringan adalah makanan ringan2 seperti kuih, nasi kucing, megi etc. Nasi kucing tu nasi putih & ada lauk ala kadar, kuantitinya sikit je mcm nak bagi makan kucing sbb tu la namanya nasi kucing. Aci adalah tepung kanji, jadi cilok di dibuat bulat-bulat dan di steam kemudian ditabur dengan serbuk lada dan serbuk perisa, kalau nak makan cucuk la dengan lidi sate. Malam itu kami packing barang sbb kononya sebelum subuh nak check-out utk ke Punthuk Setumbu.

😃 Baca kisah Day 3 kami di sini.
😍 Lihat itinerary & planned route kami di sini.
😏 Lihat bajet kami di sini. Tidak termasuk bajet shopping ye.

No comments:

Post a Comment