Showing posts with label Madah Pujangga. Show all posts
Showing posts with label Madah Pujangga. Show all posts

Sunday, 22 June 2014

Mengorak Langkah

Sudah lamaku impikan untuk menulis buku. Jika dulu anganku ingin menjadi penulis novel tapi bila usia menginjak dewasa dan otak pun dah berkarat menyusun bait-bait indah maka kulupakan sementara impian itu demi mencari hala tuju baru.

Sebenarnya sudah 3 tahun kutemukan hala tuju itu namun masa terlalu cemburu adaku. Nah, sementelah semester depan mungkin aku agak berkelapangan dan draf awal pun dah ada maka ku hubungi lg PTS. Semoga Allah memperkenan doa dan impianku. Aminnnn

Doakan ya semoga buku ini akan diterbitkan...

Pembangunan Mobile App menggunakan Appsbar (Langkah Demi Langkah)

Monday, 4 November 2013

Aku, Susu & Kuda Sumbawa



Tiba-tiba sy menjadi begitu teruja dengan kuda sumbawa, ini semua gara-gara novel 'Sang Pemimpi' karya Andrea Hirata. Ketaksuban Jibron terhadap kuda turut merasuk hati sehingga sy merancang untuk ke Sumbawa dlm masa terdekat.



Sebenarnya kisah susu kuda bermula sblm sy membaca novel itu. Suami meminta sy mencari susu kuda setelah mendapat tau ttg khasiat susu kuda untuk mengubati pelbagai penyakit. Sy mempunyai fibroid sejak tahun 2007 dan pada tahun 2010 doktor menasihati sy untuk membuat pembedahan. Namun atas beberapa faktor & alasan sy tangguhkan pembedahan tersebut. Jadi susu kuda itu adalah salah satu ikhtiar untuk masalah kesihatan sy.

Thursday, 12 September 2013

Website Fantasy of Cheritera

Alhamdulillah.. setelah bertangguh beberapa lama akhirnya berjaya juga website Fantasy of Cheritera disiapkan. I'm proud of myself..hehe... Saya sedar bahawa terdapat banyak lagi kekurangan pada website ini dan saya akan memperbaikinya dari semasa ke semasa.

Kepada kawan2 yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi selama ini saya ucapkan jutaan terima kasih & teruskanlah menyokong saya. Di bawah ini adalah link untuk ke website tersebut. Janganlah malu2 untuk melayarinya ye :D


http://fantasyofcheritera.wix.com/fantasy





Monday, 5 August 2013

Salam Aidilfitri


Pergi ke mana2 pun terdengar lagu raya; dlm kereta, kt pejabat, pegi shopping.. haishhh rimass!! Saya bukan anti HARI RAYA cuma sy berpendapat x perlulah beria2 sgt raya tu. Mmg benar raya tu sekali setahun tetapi Ramadhan juga sekali setahun tp tidak pula org menyambut Ramadhan sakan giler..

Mesti sy akan dikecam kerana kenyataan di atas. Sy tidaklah alim bebenor, namun sy sedang mendidik hati dan iman untuk menjadi Muslimah yang lebih baik. Saya malu utk menyambut raya beria2 kerana sy tahu cetek sgtlah amalan & ibadat sy sepanjang bulan ini. Bila dh sampai ke penghujung barulah rasa menyesal krn tidak cukup sakan beribadat...ehh..herankan..hihi..

Ini tahun kedua menyambut raya bersama suami, kekadang terselit rasa simpati kpd beliau sbb sy buat dek je psl raya sedangkan famili beliau agak meriah menyambut raya. Usahkan membuat kuih raya, langsir dan rumah pun sekadar apa yg ada jer (pendek kata mcm hari2 yg lain lah). Nak mainkan lagu raya di rumah jauh sekali, inikan pula memasang pelita malam 7 likur..hahaha.

Di hari2 terakhir Ramadhan ni eloklah rasanya mendengar zikir2 atau alunan bacaan Quran drp mendengar lagu2 raya yg lagha tu. Lebih elok kita meraih pahala2 sambilan, sambil2 buat kuih atau buat keje di pejabat atau memandu pulang ke kampung.

Di kesempatan ini sy ingin mengucapkan Salam Aidilfiri, semoga segala amal ibadat kita sepanjang Ramadhan diterima dan mendapat keberkatan Illahi. Marilah meraikan hari kemenangan ini dengan penuh kesyukuran.



Wednesday, 21 March 2012

Ketika Cinta Bertasbih

Syukur yang tidak terhingga ke hadrat Illahi kerana mendengar doa sy. Syukur kerana diketemukan dgn seseorg yg sgt memahami, sentiasa ada di sisi sy, sentiasa melakukan yg terbaik hanya utk sy.. dia tidak sempurna tetapi dia menyempurnakan hidup sy.


Tema Ketika Cinta Bertasbih ialah lontaran idea dr seorg teman yg jauh di mata tapi dekat di hati; Hazreel Hasmi ketika kami berbincang ttg majlis perkahwinan sy sblm beliau berangkat ke AdelaideBeliau sgt memahami jiwa sy yg mahukan sesuatu yg berbeza, sesuatu yg tersendiri.

Bagi sy pula Ketika Cinta Bertasbih mempunyai makna yg tersendiri dan cukup mendalam. Kegalauan hati telah membawa sy jauh ke Tanah Suci untuk mencari ketenangan dan meraih cebisan-cebisan kekuatan yg tersisa. Kesempatan itu sy pergunakan untuk berdoa dengan sesungguh hati demi mencari sebuah bahagia. Jujur, sy bukanlah sekuat & setabah yg disangkakan. Sy terlalu lemah krn tempoh 2 tahun masih gagal membuat sy melupakan segala sengsara. Alhamdulillah, akhirnya sy ketemu dengan kebahagiaan yg dicari. Justeru, kamu fahamkan knp sy katakan Ketika Cinta Bertasbih sesuatu yg sgt bermakna.

Oh ya, idea asal muka hadapan kad ini adalah berlatarbelakangkan Kaabah krn di situlah sy bertemu ketenenangan & kebahagiaan, namun nasihat seorg teman (Faridah) yg khuatir kad jemputan ini dibuang & tidak dijaga seperti yg sepatutnya membuatkan sy membuat sedikit pembetulan & penambahbaikan.

Mmg dari awal lagi sy mahukan sesuatu yg tersendiri, mahu buat design ala2 cover novel krn sy merasakan ianya puitis & romantis.. ahakss. Saya sengaja tidak menulis 'Undangan Perkahwinan' atau 'Utusan Raja Sehari' krn sy percaya org ramai akan tau ia adalah jemputan perkahwinan sejurus slps membaca kad ini.

Gambar yg digunakan ialah Masjid Omar Ali yg terletak di Brunei. Selepas bertanyakan pendapat beberapa orang rakan sy memilih gambar ini (sy menyenarai pendek 3 gambar masjid). Pemilihan gambar ini juga begitu dekat di hati sy. Ini kerana kunjungan sy bersama beberapa org teman ke Brunei pada tahun lepas membawa misi Kembara Mencari Pengiran. Alhamdulillah, sy telah pun ketemu dgn si pengiran iaitu Tengku Azwan (nama pena); bakal suami yg sgt sy sayang.


Sekali lagi sahabat Hazreel dr Adelaide sy menyumbangkan idea & karya beliau melalui puisi di atas. Sy sgt kagum kerana beliau menyiapkan karya ini kurang 12 jam dr saat sy meminta dia menulis puisi istimewa ini. Perbincangan ttg kad & rekaletak bahagian ini juga kami bincangkan bersama melalui FB. Ternyata teknologi ICT mendekatkan kami.

Terima kasih kepada keluarga dan teman2 yg sentiasa mendoakan kebahagiaan sy. Terima kasih kerana sentiasa ada di sisi sy susah & senang. Semoga majlis yg dirancang akan dapat dijalankan dengan jayanya & semoga rumahtangga yg akan kami bina mendapa redha & keberkatan dr Illahi.

Friday, 16 March 2012

Peraduan Permata Hatiku


Tarikh Tutup: 30 April 2012

Keputusan: 10 Mei 2012

Hadiah Tempat Pertama x 1 pemenang sahaja
3 Jam Sesi Fotografi (Outdoor atau Indoor)
1 pcs storyalbum 8” x 12”
Lokasi : Selangor & Kuala Lumpur


Kriteria Gambar:
a] Anak mestilah berusia antara 1 tahun hingga 5 tahun. 

b] Gambar yang dihantar harusnya memaparkan keceriaan, kecomelan, kepintaran atau kelucuan anak anda.
c] Gambar tidak berunsurkan lucah atau kurang sopan.

d] Gambar yang mendapat 'Like' terbanyak pada tarikh tutup akan dikira pemenang.

e] Sekiranya terdapat gambar yang mendapat jumlah 'Like' yang sama, pemenang akan ditentukan pula berdasarkan 'Caption' yang menarik dan sesuai dengan gambar.

Syarat Penyertaan: 
1] Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

2] Ibu, Bapa, atau Penjaga boleh memuatnaik gambar anak atau anak-anak, tetapi setiap pasangan hanya dibenarkan menghantar maksimum dua (2) gambar sahaja. 

Sekiranya didapati Ibu, Bapa atau Penjaga menghantar lebih dari dua gambar, gambar ketiga dan seterusnya akan dikeluarkan dari Album Pertandingan Anak Riang kami. 

Oleh itu anda dinasihatkan agar menghantar gambar terbaik untuk dipertandingkan. 

3] Gambar hendaklah dimuatnaik di halaman utama Fantasy of Cheritera. (Pihak kami akan memindahkan gambar tersebut ke album ‘Peraduan Permata Hatiku’ dalam tempoh 24 jam.) 

4] Selepas muatnaik, masukkan maklumat berikut pada ruangan 'Description'.

Nama Pemilik Gambar:
Nama Anak (Anak-anak) :
Daerah:
Telefon: 
Caption:

5] Kemudian hebahkan kepada rakan-rakan anda supaya mereka mengundi gambar anda beramai-ramai. 

PERINGATAN! Mereka perlu klik 'LIKE' halaman kami terlebih dahulu sebelum mengundi gambar yang dipertandingkan. 

6] Ibu, Bapa atau Penjaga mesti bertanggungjawab di atas gambar yang dimuatnaik dan dipertandingkan.

7] Gambar mestilah asli, hak milik asal pasangan (ibu bapa atau penjaga) dan tidak diedit kecuali cropping dan levelling.

8] Pihak kami berhak mengeluarkan gambar yang mendapat bantahan atau aduan dari pengguna lain, sekiranya berkaitan. 

9] Semua gambar yang dipertandingkan adalah menjadi hak milik Fantasy of Cheritera Photographic dan kami berhak menggunakan gambar yang dipertandingkan untuk tujuan promosi pada masa akan datang. 
10] Pemenang akan dihubungi dalam tempoh dua minggu selepas pengumuman keputusan pertandingan. 

11] Lokasi dan tarikh fotografi akan ditetapkan menerusi perbincangan antara pihak kami dan pemenang. (Kuala Lumpur dan Selangor sahaja)

12] Hadiah adalah sah untuk tempoh satu (2) bulan dari tarikh pengumuman. Pemenang akan dihubungi oleh pihak penganjur dalam tempoh tersebut. Sekiranya pemenang tidak dapat menetapkan tarikh dan lokasi dalam tempoh tersebut atau tidak dituntut, ia akan dibatalkan serta-merta.

Tuesday, 6 March 2012

Kelas Renang :: Abby Aziz ::

Flyer ni sy buat khas utk Cikgu Abby yg telah mengajar sy asas renang. Ni kelas yg ke-3 sy ikuti sbb kls yg sebelum ni asyik berhenti sekerat jalan jer. Setakat 6 jam mengikuti kelas beliau ni sy dh boleh berenang, walau bagaimanapun skill berenang harus dimantapkan lg..

Harap2 dengan terhasilnya flyer ni, leh dpt diskaun sket drp beliau.. hahaha

Tuesday, 28 February 2012

Terukir Di Bintang

Syukur ke hadrat Illahi kerana di beri kesempatan untuk meneguk nikmat cinta (sekali lagi...hehe). Syukur kerana diketemukan dengan seorg insan yg dapat melengkapkan hidup ini. Dia tidak sempurna, tp telah mampu membuatkan hidup ini terasa lengkap dengan kehadirannya.





Dalam kesyukuran meniti hari bahagia, sy ingin menitipkan pesanan kpd teman-teman yang masih mencari-cari another half  meraka. Usahlahlah gundah gulana & bermuram durja kerana masih belum diketemukan dengan jodoh yang benar2 ikhlas. Teruskan berdoa & berusaha, percayalah Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Yakinlah pasti ada hikmah dari setiap kejadian yang menimpa kita. Nikmati hari-hari yang mendatang, hidup ini terlalu singkat untuk disia-siakan.

La tahzan  :)

Wednesday, 22 February 2012

~ Bicara Bermula ~

Assalam & selamat pagi semua..

Kepada yg telah mengenali sy utk tempoh yg lama mungkin sedia maklum ttg minta, cita2 & impian sy tp kpd yg belum tahu nahhh...skg sy akan bgtau.

Cita2 semasa zaman remaja adalah nk jd wartawan penyiaran, minat sgt. Pernah menghantar e-mail kpd kak Ezzah (TV3) ttg minat sy & beliau memberikan kata2 semangat. Tp entah knp impian utk menggapai2 cita2 tu semakin menjauh dan lama-kelamaan terkubur. Ya mungkin doa seorg ibu.., mama selalu berdoa spy sy menjadi seorg guru & krn itulah sy berada skg. Walaupun bkn guru di sekolah namun masih memegang status pendidik & pengajar. :)

Orang kata keje kt broadcast ni glemer, ye itu sudah semestinya lah kan. Tp minat sy tu bkn krn mngejar glemer saja tp krn sy sgt suka bercakap, berkongsi maklumat & pengetahuan. Justeru dgn kerjaya sy skg sbg seorg pensyarah di Kolej Komuniti pun minat sy berkongsi maklumat & pengetahuan tu masih dapat diteruskan. Yang bagusnya sy bersyukur krn tdk menjd sebahagian dr dunia broadcast & kewartawanan. Knp?? Knp??

Saya ada beberapa org kawan yg bertugas sbg wartawan, rutin harian mereka sgt sibuk & kadang kala utk meluangkan masa utk diri sendiri pun x sempat apatah lg nk lepak2 dgn kawan2. Ya sy bersyukur.. dgn kerjaya skg sy ada cuti hujung minggu dan msh boleh mencuri2 masa di kesibukan kerja seharian utk diri sendiri. Sesungguhnya Allah itu tahu apa yg terbaik utk kita kannn..

Namun sy masih mencari2 aktiviti lain yg boleh melipat gandakan kepuasan sy dlm bekerjaya. Bkn krn duit semata2 tp kepuasan.. Sy mula belajar sendiri Adobe Photoshop & berjinak2 membuat rekabentuk grafik dan menyunting gambar.. Apabila mendpat hasil yg diinginkan sy rasa puas, semakin puas apabila menerima pujian..hahaha. Sy suka mencabar diri sendiri, mencabar kebolehan diri sendiri krn sy sentiasa percaya kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Saya memberanikan diri mengambil tempahan untuk buat banner, bunting, etc ya...buat printing!! 

Kemudian sy berjinak-jinak pula dgn fotografi. Dengan kemahiran yg ada menggunkan Adobe Photoshop sy memberanikan diri menceburi bidang fotografi perkahwinan. Hasilnya alhamdulillah, pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yg diberikan.

Sy sepatutnya rasa bersyukur krn perjalanan kerjaya yg sy pilih dipermudahkan namun sy msh belum rasa puas.. msh ada sesuatu yg perlu sy sumbangkan kpd masyarakat dgn ilmu yg sy ada.

Ah, agaknya sy terlupa utk bgtau sy suka membaca cuma skg ni kesempatan utk membaca tu sgt susah utk diperoleh. Maka kalau sy mengunjungi mana2 kedai buku pasti ada 'buah tangan' yg di bawa blk. Di pendekkan cerita, minggu lepas semasa berjalan2 sy tersinggah di sebuah kedai buku krn tertarik dengan buku yg dipaparkan di dinding kacanya. Belek punya belek sy terjumpa 'matlamat' sy tahun ini..sebenanrnya ia juga salah satu impian sy sejak kecil lg..sy ign menjadi penulis pula. Bukan penulis novel.. krn bakat sy merangkai bait2 indah semakin berkurangan sejak meninggalkan bangsu sekolah & meninggalkan subjek Bahasa Melayu..haha. Sy ign menulis sesuatu yg sy minat, sesuatu yg menjadi darah daging sy skg..tentang fotografi & multimedia.

Tanpa membuang masa sy menghubungi publisher berkenaan & respons beliau sgt positf. Teruja & berdebar2.. cuma skg sy sedang mencari masa yg sesuai krn mereka memberikan masa 3 bln shj utk sy siapkan manuskrip setelah proposal diluluskan. Semoga impian & kerjaya pilihan sy yg ini juga dipermudahkan olehNYA.

Jadi teruskan sokongan & doa anda utk sy ya.. insya allah akan ada byk tips & perkongsian ilmu yg akan sy buat melalui blog ini.