Monday 4 November 2013

Aku, Susu & Kuda Sumbawa



Tiba-tiba sy menjadi begitu teruja dengan kuda sumbawa, ini semua gara-gara novel 'Sang Pemimpi' karya Andrea Hirata. Ketaksuban Jibron terhadap kuda turut merasuk hati sehingga sy merancang untuk ke Sumbawa dlm masa terdekat.



Sebenarnya kisah susu kuda bermula sblm sy membaca novel itu. Suami meminta sy mencari susu kuda setelah mendapat tau ttg khasiat susu kuda untuk mengubati pelbagai penyakit. Sy mempunyai fibroid sejak tahun 2007 dan pada tahun 2010 doktor menasihati sy untuk membuat pembedahan. Namun atas beberapa faktor & alasan sy tangguhkan pembedahan tersebut. Jadi susu kuda itu adalah salah satu ikhtiar untuk masalah kesihatan sy.

Storyalbum :: Nabil & Aqila ::













Friday 25 October 2013

Sireh Pulang Ke Gagang



Waduh... puitis sungguh tajuk entri kali ni. Nah ini definisinya...

Dalam kosa kata bahasa Melayu, banyak perkataan gagang yang berpasangan dengan perkataan lain untuk menerbitkan bentuk frasa kata. Misalnya frasa gagang sirih (tangkai sirih), gagang pena (tangkai pena), gagang pistol (pemegang pistol), gagang cerek (pemegang cerek) dan gagang telefon (pemegang telefon).

Orang Melayu menggunakan perkataan gagang ini dalam ungkapan peribahasa. Antara contohnya termasuklah "balik gagang" dan "seperti sirih pulang ke gagang". Sirih pulang ke gagang pula bermaksud kembali kepada asal.