Saturday 6 January 2018

Travelog 6H5M ke Kota Gudeg (part 4)

Day 4

Hari ini awal pagi kami bangun untuk Merapi Lava Tour (Sunrise), pukul 3.30 dah gerak dari hotel tapi sampai di pos jeep yang petang semalam kami datang masih gelap, aik... jadi sebab Google Maps menunjukkan ada 1 lagi pos di depan kami follow la dan di situ dah ramai orang siap dengan jaket. Alamak, sejuk sangat ke nanti?



Aku cuba ngendeng 1 couple ni kot2 dia berminat untuk share jeep dgn kami tetapi hampa. Jadi terpaksalah kami membayar Rp450k untuk 1 jeep. Perjalanan ke sana sangat-sangat berbatu, habis bergegar lelemak aku  ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚. Cuaca memang sejuk tapi kalau tak pakai jaket pun ok, windbreaker memadai jika ada yg takut sejuk. 1st stop kami adalah bunker di bawah kaki Merapi. Sejujurnya aku rasa macam x berbaloi pulak ambil pakej sunrise sbb view tak cantik sangat tapi sebab nak kejar masa jadi mmg kena ambil pakej ni (ye la Merapi tour kan iti day 3). Tapi walaupun sunrise scenery tidak begitu memukau, kita dapat menyaksikan Merapi yang masih tidur. Kenapa aku katakan dia tidur? Sebab asapnya yang berbentuk seperti gumpalan awan itu berlingkar di puncak Merapi tidak bergerak sedikit pun. Dari tempat ini kita juga dapat melihat keseluruhan Yjogja sehingga ke Parangtritis. Ada beberapa group yang nampaknya camping di sini smlm. Kemudian kami menjenguk bunker yang merupakan kubu bawah tanah. Menurut driver merangkap tour guide kami, sekitar bunker dulu ada mall, warung dan kediaman orang. Namun sejak peristiwa letusan 2010 tiada sesiapa lagi berani tinggal di situ. Di bunker tersebut juga tempat berakhirnya hayat 2 orang penduduk yang cuba berlindung tetapi oleh kerana letusan 2010 maha dahsyat, kubu buatan manusia itu tidak mampu menahan panasnya lava dari Merapi. Batu-batu di kawasan itu juga merupakan muntahan Merapi. Apabila mentari mula meninggi, aku lihat gumpalan awan yang melingkari Merapi perlahan-lahan bergerak, subhanallah. Jika anda mahu bersarapan, ada beberapa warung berdekatan bunker.







Seterusnya kami ke batu alien, ia adalah seketul batu yg agak besar menyerupai wajah alien. Batu itu dipercayai dimuntahkan oleh Merapi pada tahun 2010. Bukan batu alien sahaja, malah batu-batu lain di sekitar itu adalah muntahan Merapi juga. Nothing special about the rock for me tetapi pemandangan dari situ yang lebih mengagumkan. Ada 2 photo spot di situ di mana anda dikenakan bayaran Rp5k, tetapi tukang ambil gambar hanya menggunakan kamera handphone anda shj utk shot tersebut jadi aku rasa tidak berbaloi. Sambil menunggu A yang kemaruk merakam momen di sini, aku makan Siomay yang dibeli dari seorang penjaja. Siomay ni ada cilok, kentang, tauhu dan kubis yang digulung dan dimakan dengan kuah kacang.



Seterusnya kami ke sebuah rumah yang telah dijadikan muzium kesan letusan Merapi pada 2010. Melihat kemusnahan harta benda dan rumah serta gambar-gambar professional ketika tragedi itu berlaku menginsafkan aku. I’m facing a very hard time on that year, so when my mom told me Merapi meletus sampai abunya ke Bandung aku hanya mengiakan tanpa ambil pusing. Yes, u can call me ignorant!! I felt bad after saw all the photos.







Seterusnya kami melalui anak sungai yang berbatu, mula-mula slow je kami lalu di route itu. Selepas 1 pusingan, brader tu memecut & membuatkan air memercik ke dalam kereta... splash!! Memang seronok. Dalam perjalanan pulang, ada beberapa buah rumah yang kami jumpai. Berdasarkan pengalaman ini, aku berpendapat if u have money to spend better ambil pakej long route sbb lebih banyak tempat yang anda boleh terokai. Pakej sunrise dan pakej long rote sama je harganya tapi sunrise routenya sangat pendek.



On our way back to hotel, kami singgah di restoran makanan padang. A ni ada satu masalah jika travel, iaitu x mahu mencuba local food. Katanya x sesuai dengan selera. Selepas makan kami ke Amron Gift Shop untuk membeli si Zebra. Sebab Ihsan (staf) tahu kami akan balik ke KL, jadi zebra dibalut dgn bubble wrap dan kotak. Alhamdulillah Zebra selamat sampai ke rumah tanpa sebarang kerosakan.


Selepas mandi kami check-out utk destinasi seterusnya. Sebenarnya aku tak makan di restoran padang tadi sebab nak simpan perut untuk makan di Jiwangga Resto. Resto ni terletak agak ke dalam dan jalannya kecil dan berbatu, jadi apabila berselisih dengan kereta yang nak keluar memang leceh la. Resto ni mmg cantik dan luas, tapi agak susah mencari tempat makan sebab keadaannya yang berbukit-bukit. Selepas jumpa tempat kosong yang agak teduh kami ingin membuat pesanan tetapi dimaklumkan mungkin slps sejam baru dapat sbb orang ramai. Jadi dengan kecewa kami hanya bergambar sahaja dan menuju ke destinasi seterusnya. Honestly aku membuat perbandingan dengan Jejamuran, Jejamuran pun besar tapi staf dia ramai dan sistemnya sistematik. Oh.. perutku mula berkeroncong. Puasku selongkar beg mencari coklat tapi tidak ketemu, astaga.. mungkin terjatuh semasa Merapi tour tadi bersama-sama pendrive ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ.






Destinasi kami seterusnya adalah candi tanda cinta, iaitu candi Plaosan. Candi ni dibina oleh raja yang membina candi Prambanan. Beliau beragama Hindu tetapi oleh kerana permaisurinya beragama Buddha maka dibina satu lg candi Buddha untuk si isteri. Di sini kita dapat melihat sikap tolerasi dan asimilasi dalam beragama. Bayaran masuk adalah Rp10k seorang.



Seterusnya kami ke Ratu Boko yang terletak tidak jauh dari Plaosan. My oh my... tinggi giler nak panjat tangga. Rangga, bakpo la tok oyak tempat ni tinggi nak mamp@#. Ratu Boko ni pun salah satu lokasi AADC2 di mana Rangga & Cinta berborak lama. Sebab kami dh beli pakej semalam di Borobudur, jadi kami hanya bayar harga parkir sahaja Rp10k. Hari ni bukan misi menyantuni peradaban silam dah aku rasa, dah macam hiking haha. Di entarance ada cafe yang cantik sesuai la dgn imej Ratu Boko sebagai sebuah kraton atau istana. Melihat pemandangan dari atas, subhanallah sangat cantik. Berbeza dengan candi Borobudur atau Plaosan (mungkin juga Prambanan), Ratu Boko ni macam sebuah taman yang luas menghijau. Ada dua buah gerbang yang apabila senja berlabuh sangat cantik. The best location for sunset is at Ratu Boko ye gais. Antara hujah yang mengatakan Ratu Boko ni mungkin adalah Ratu Balqis adalah kerana lokasinya yg strategik menghadap matahari (sunset) wallahu’alam. Kami tidak explore keseluruhan tempat ini kerana ia sangat luas dan turun naik bukit. Dah 3 hari asyik buat ‘hiking’ je haha. Aku suka tempat ini sebab hamparan rumputnya yang luas, ada pulak 2 pokok besar yg mmg favoarite aku, angin pula sepoi-sepoi bahasa.. aku boleh duduk di sini seharian sambil membaca buku Andrea Hirata. Tapi entrance fee Rp337k is too much for me.










Perut aku semakin berkeroncong, walaupun ada kedai makan je dalam tu tapi sebab aku nak makan ayam geprek jadi tahan dulu. Kami ke Tebing Breksi pula, jalannya elok tapi sangat mendaki. Kereta sewa brand Daihatsu ni kurang pick-up, kena guna gear 1 baru boleh jalan. Nak sampai ke sana dah la bersusun kereta, apb dh sampai tgk pula selautan umat manusia di tebing yang tinggi. Maka kami masuk parkir dan patah balik utk turun semula. Hari ini adalah 1 Jan, ramai yang cuti dan Tebing Breksi adalah wisata baru & entrance fee masih murah atau masih gratis (aku tidak pasti).


Kami teruskan perjalanan pulang ke pusat bandar dan mencari Warung Makan Ayam Geprek Bu Rum tetapi setelah bersusah payah melalui lautan jem kedai itu tutup. OMG.. perut dah lapar giler. Ada je kedai makan lain tapi alang-alang dh menahan lapar dari tadi, better kita makan apa yg kita nak kan. Jadi kami ke The House of Raminten. My expectation is difference, ini bukan kedai yg aku bayangkan. Mungkin ada beberapa cawangan kot di area city centre sahaja tapi mujurlah ada ayam geprek jadi tidaklah terlalu kecewa. Ayam geprek ni ayam goreng celup tepung pastu cili merah tu ditumbuk kemudian ayam tu di tumbuk (geprek) dgn cili tadi. Kita boleh pilih nak cili berapa biji. Aku order 2 ketul ayam, satu 3 biji cili & satu lagi 4 biji cili dan semangkuk sayur asem. Jika tak suka ia digeprek, boleh je ambil ayam original dan makan dengan sos cili. Mereka juga bagi sos telur asin dan sos keju percuma, sedap sgt. Setiap ketul ayam akan dapat dua keping tempe percuma. Sambil makan aku duk perhati patung tokey kat depan restoran, sangat halus pembuatannya sehingga pakaian tu kita tengok macam kain betul termasuklah mekap. Tokey tu bukan perempuan ye gais. Kalau tak silap dia adalah pelakon/comedian Indonesia & pakaian itu mungkin satu gimik untuk menarik pelanggan. Konsep di sini adalah layan diri, dari order makanan sampailah kemaskan semula meja. Ada tong yang disediakan utk buang sisa makanan, letak pinggan, mangkuk, sudu etc.



Selepas makan kami terus ke Hotel Fevytra yang terletak berdekatan Kotagede. Plan asal ptg itu slps Tebing Breksi akan ke Kotegede dulu sebelum makan tetapi sbb dah lambat kami postpone Kotagede. Jadi sebenarnya boleh ubah route ni supaya pagi esok tidak perlu bangun terlalu awal. Semua hotel aku tempah melalui Booking.com dan semua hotel berharga tidak lebih dari RM70. Aku mmg takkan spend byk utk hotel sbb kami cuma nak tidur dan mandi sahaja.


๐Ÿ˜ƒ Baca kisah Day 5 kami di sini.
๐Ÿ˜ Lihat itinerary & planned route kami di sini.
๐Ÿ˜ Lihat bajet kami di sini. Tidak termasuk bajet shopping ye.

No comments:

Post a Comment