Saturday 6 January 2018

Travelog 6H5M ke Kota Gudeg (part 1)

Day 1



Kami bertolak jam 4.30 pagi kerana adik perlu pergi kerja di Shah Alam pula selepas menghantar kami ke airport. Penerbangan dari KLIA2 ke Adisucipto International Airport Yjogjakarta mengambil masa kira-kira 2 jam 30 minit. Airport Yjogja sangat kecil, masuk je ke dalam bangunan dan terus beratur utk cop imigresen. Semasa sedang beratur, kami mendengar bunyi ‘orang bergaduh’ yang sangat jelas tetapi pegawai imigresen yang bertugas macam cool je. Rupa-rupanya, setiap orang akan di’scan’ oleh anjing terlatih untuk mengesan penyeludupan narkoba (dadah) dan suara tadi adalah arahan daripada jurulatih anjing tersebut. Seram sejuk jugak apb anjing yang besar, tegap dan berwarna hitam datang menghampiri. 

Sebelum keluar ada 2 kiosk untuk menyewa teksi tapi sbb A tak nak berhenti bertanya, kami terus keluar. Seorg pakcik menawarkan Rp150k utk menghantar kami ke hotel. Aku sedar harga itu mahal kerana drp pembacaan sebelum ini kadar teksi hanya sekitar Rp50k sahaja. Uber & Grab tidak dibenarkan mengambil penumpang di kawasan airport, jadi sesiapa yg ingin menggunakan perkhidmatan tersebut perlu berjalan kaki jauh sedikit keluar dari kawasan airport. Kerana rasa mengantuk yang masih menguasai dan malas berdolak-dalik serta memikirkan hari Jumaat, tidak mengapalah bayar lebih sedikit (anggap sedekah & rezeki pakcik tu). Tetapi sepanjang perjalanan byk pulak cerita dia & yang paling membuatkan aku meluat adalah apb dia menawarkan perkhidmatan utk tour dgn kadar Rp700k/day. Pakcik oh pakcik, saya dtg ke negara org bukannya tanpa sebarang persediaan & research. Kadar sewa kereta+driver+fuel hanya sekitar Rp450k – Rp500k shj ye gais for 12 hours.

Kerana kami sampai sekitar jam 11 pagi, jadi kami hanya menitipkan beg di hotel & mengambil beca utk ke Malioboro. Ndalem Matrigawen adalah sebuah rumah lama yg dijadikan hotel bajet. Lokasinya berdekatan jalan utama kira-kira 2.3 km dari Malioboro. Sebelum itu yang paling penting dlm percutian kali ini adalah membeli sim card tempatan krn kami akan memandu sendiri selama 4 hari. Jadi kami membeli Simpati dgn data 10GB dgn harga Rp72k kerana coverage telco tersebut yg paling meluas di Indonesia. 


Selepas membeli sim card, seorg pakcik tua menawarkan kami utk ke Malioboro dgn kadar Rp20k tetapi sepanjang perjalanan itu aku rasa tak sedap hati nak bg hanya Rp20k apatah lagi melihat dia dibasahi peluh. Jadi kami membayar Rp28k (baki dari beli sim card) kpd pakcik tersebut. Perkara pertama adalah makan. Kebetulan pakcik tu lalu di hadapan Lesehan Raos Eco yang merupakan salah satu tempat makan dalam senarai aku. Sebenarnya aku terliur nak cuba makan di sini selepas menonton YT Hari Jisun. Tidak lengkap kunjungan ke sini jika tak mencuba Gudeg, jadi aku memesan set nasi gudeg ayam bakar komplit & A memesan bebek bakar. Pada aku rasa gudeg biasa-biasa sahaja, mcm makan sayur nangka masak kurma cuma kuahnya agak kering & lebih manis. Manakala bebek bakar pula rasanya manis. Jumlah makan tengahari kami adalah Rp113k, agak mahal menurutku. Hati mula berdebar kerana bajet untuk makan kami selama 6 hari cuma Rp1j. Kalau macam ini gayanya mmg lari la bajet kami.


Destinasi seterusnya adalah membeli buku di Toko Gramedia, Malioboro Mall, dasar si ulat buku!! Sebenarnya plan asal aku adalah untuk membeli secara online & pos ke alamat hotel untuk menjimatkan masa, tetapi oleh kerana ada buku dlm senarai aku tu tiada di salah satu toko buku online jadi terpaksa membatalkan niat kerana frust. Alhamdulillah semua buku idaman hati diperoleh di toko ini.  Hip hip horrey!!




Selepas melihat serba sedikit deretan kedai di Malioboro kami ke Kraton tetapi hanya sempat explore sebahagian shj gara-gara hujan. Jadi kami terus pulang ke hotel, lagi pula rasa mengantuk masih menguasai diri. Bayaran masuk adalah Rp3k.





Usai Maghrib kami berjalan kaki kira-kira 1 km ke Sonobudoyo Museum untuk menonton persembahan wayang kulit pada jam 8.30 malam. Muzium ini terletak berhampiran dgn Kraton. Di dataran ada beberapa patung / tugu yang menarik utk berswa-foto. Perjalanan 1 km tidak begitu terasa kerana malam yang dingin dan di sepanjang jalan ada kedai & perumahan di mana kami dapat melihat kehidupan masyarakat tempatan. Menonton wayang kulit secara live adalah impian zaman kecilku. Semasa kecil ayah selalu memasang tape wayang kulit versi Sunda, watak yg popular adalah Cepot seingatku. Mungkin itu adalah antara punca keinginan untuk menonton secara live begitu meronta-ronta. Kami tiba awal, kerusi masih kosong semuanya. Entrance fee adalah Rp20k. Selepas menunggu hampir 30 minit, para karyawan mula mengambil tempat masing-masing. Kesemua mereka sudah melewati usia senja, terfikir olehku siapakah yang akan mewarisi seni ini nanti. Alunan gamelan begitu mengasyikkan dan lenggok suara nini-nini (nenek-nenek) juga masih mempersona. Persembahan gamelan diselang seli dengan penceritaan Ramayana dalam bahasa Jawa. Sepatah apa pun aku tak faham & ia merupakan punca kebosananku. Kalaulah persembahan ini diberi nafas baru, atau sekiranya ada skrin yang memaparkan translasi penceritaan tersebut pastinya ia akan lebih menarik minat pengunjung. Hanya mampu bertahan 30 minit sahaja, kami beredar dari situ dengan sedikit rasa bersalah. Di luar ada kedai yang menjual hasil kraf wayang kulit, mmg sangat teliti dan halus pembuatannya. Kalaulah motif ukiran selain daripada elemen Hindu & Buddha, mungkin aku akan membelinya.










😃 Baca kisah Day 2 kami di sini.
😍 Lihat itinerary & planned route kami di sini.
😏 Lihat bajet kami di sini. Tidak termasuk bajet shopping ye.

No comments:

Post a Comment