Tuesday 28 February 2012

Tetamu Allah

Seorg teman yg rapat dgn sy tlh menerima jemputan istimewa dr Allah untuk berkunjung ke rumahNYA, alhamdulillah. Tidak semua org mendpat jemputan seistimewa itu. Kerana hanya insan-insan yang terpilih sahaja akan dibukakann hati dan dipermudahkan jalan untuk melangkahkah kaki ke tanah suci itu. Alhamdulillah, sy juga pernah menerima jemputan istimewa itu daripadaNYA. Lantas apabila mendpt khabar gembira ttg sahabat sy itu fikiran terus menerawang mengingat kembali detik detik yg cukup manis dan berharga itu. 

Sejujurnya sblm ini tidak pernah terlintas di dalam hati untuk ke sana. Allah telah menguji sy dengan sesuatu yg sangat berat sehingga sampai di suatu tahap segala beban dan derita itu tidak mampu lg sy tanggung dan bendung. Dalam kegalauan hati dan esak tangis yang membadai itu sy mendengar bisikan, untuk mencari damai di hati, penawar segala duka nestapa kerana setabah mana pun sy mencuba sy hanyalah insan kerdil & hamba yang serba hina. Kepada Allah, Tuhan Yang Maha Pencipta jualah harus sy sandarkan harapan, harus sy mengembalikan seluruh jiwa raga dan pengabdian hakiki.










Catatan sahabat sy itu melalui blognya juga membuatkan sy berfikir panjang ttg persediaan untuk sebuah perjalanan menuju abadi. Justeru saya menyeru rakan-rakan dan diri sendiri terlebih dahulu untuk berusaha meraih hidayah Illahi dan mencari reddha Allah dalam apa juga yg kita lakukan di dunia fana ini.

RecoverX - Bring Lost Photos Back

Hai kawan-kawan, pernahkan awk mengalami situasi dimana gambar, video atau mp3 hilang dari memory card, pendrive, external drive atau apa2 medium penyimpanan disebbkn corrupt atau virus? Saya percaya ada di antar kawan2 sekalian yg pernah mengalami situasi ini.

Maka hari ni sy nk kongsikan satu perisian yg boleh dimuat turun dgn percuma ada dari website Transcend. Boleh klik kt gambar kt bawah ye.. :)

   
Klik gambar untuk muat turun

Terukir Di Bintang

Syukur ke hadrat Illahi kerana di beri kesempatan untuk meneguk nikmat cinta (sekali lagi...hehe). Syukur kerana diketemukan dengan seorg insan yg dapat melengkapkan hidup ini. Dia tidak sempurna, tp telah mampu membuatkan hidup ini terasa lengkap dengan kehadirannya.





Dalam kesyukuran meniti hari bahagia, sy ingin menitipkan pesanan kpd teman-teman yang masih mencari-cari another half  meraka. Usahlahlah gundah gulana & bermuram durja kerana masih belum diketemukan dengan jodoh yang benar2 ikhlas. Teruskan berdoa & berusaha, percayalah Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Yakinlah pasti ada hikmah dari setiap kejadian yang menimpa kita. Nikmati hari-hari yang mendatang, hidup ini terlalu singkat untuk disia-siakan.

La tahzan  :)

Sunday 26 February 2012

Biarku Sentuh Cintamu

10 tahun bkn tempoh yg singkat dlm sebuah perhubungan. Dlm tempoh itu byk peristiwa & kenangan yg dikongsi. Canda tangis, ketawa duka telah menjd rencah dlm perhubungan ini. Hubungan kami bknlah suatu rahsia kpd sesiapa yg mengenali kami. Tapi mungkin ramai yang salah sangka. Kami bukanlah pasangan kekasih seperti yang digembar gemburkan. It's only Untitled Relationship.. hahaha. Banyak 'drama' yg berlaku dlm tempoh itu namun 10 tahun juga telah mendewasakan kami, membuatkan kami mengenali hati budi masing-masing & saling menghormati. Saya sering mengingatkan diri, saya tidak mahu kehilangan seorg kawan yg cukup baik krn sesuatu yg tidak penting untuk dipertahankan.

Hari ini, beliau yg saya maksudnya telah bertunang dgn gadis pilihan hatinya dan saya tahu pilihannya itu adalah yg terbaik. Dalam mencari pasangan hidup, saya percaya kita harus mencari seseorang yang akan menyempurnakan hidup kita, kerana tiada seorang pun yang sempurna kan. Dan saya juga percaya cinta sahaja belum cukup untuk membuatkan kita bahagia... 





Saya juga rasa sgt bersyukur krn mempunyai tunang yg sgt memahami & supportive. I love u lah... Muah3x


I'm happy for you, finally you found someone.. your soul mate. Thus, I give you my bless

Wednesday 22 February 2012

Storyalbum :: Mahakarya Cinta ::

Ini adalah karya saya bersama tunang tersayang, pertama kali bekerja bersama-sama bermula dari berjumpa Ain & keluarganya, sesi fotografi sehinggalah penyuntingan. Kami sengaja tidak mahu menggunakan wording Majlis Perkahwinan atau Raja Sehari kerana terlalu biasa & selalu sgt digunakan. Kami ingin menjadikan album ini sesuatu yang istimewa & salah satunya melalui tajuk album itu sendiri.









How To Fix An Underexposed Photo

The easiest way to avoid underexposed photos is to adjust your aperture settings, your shutter speed and your film speed when shooting. That's sounds pretty easy, right? Forget it. Photoshop was invented for the "I-can't-find-time-to-read-the-manual" photographer. Who cares if it's too dark or too light, we've got Photoshop!

So how easy is it to fix an underexposed photo? Very easy. 



  • Open your photo up and choose
  • Image> Adjustments> Shadow/Highlight (CS-only. For pre-CS look below). 
  • You'll see an immediate change in your photo and it will probably be too extreme, but don't panic. Photoshop ships with defaults that are often way over the top. 
  • Just play with the Amount Slider and the Tonal Width Slider until you find just the right balance. And you're done!





~ Bicara Bermula ~

Assalam & selamat pagi semua..

Kepada yg telah mengenali sy utk tempoh yg lama mungkin sedia maklum ttg minta, cita2 & impian sy tp kpd yg belum tahu nahhh...skg sy akan bgtau.

Cita2 semasa zaman remaja adalah nk jd wartawan penyiaran, minat sgt. Pernah menghantar e-mail kpd kak Ezzah (TV3) ttg minat sy & beliau memberikan kata2 semangat. Tp entah knp impian utk menggapai2 cita2 tu semakin menjauh dan lama-kelamaan terkubur. Ya mungkin doa seorg ibu.., mama selalu berdoa spy sy menjadi seorg guru & krn itulah sy berada skg. Walaupun bkn guru di sekolah namun masih memegang status pendidik & pengajar. :)

Orang kata keje kt broadcast ni glemer, ye itu sudah semestinya lah kan. Tp minat sy tu bkn krn mngejar glemer saja tp krn sy sgt suka bercakap, berkongsi maklumat & pengetahuan. Justeru dgn kerjaya sy skg sbg seorg pensyarah di Kolej Komuniti pun minat sy berkongsi maklumat & pengetahuan tu masih dapat diteruskan. Yang bagusnya sy bersyukur krn tdk menjd sebahagian dr dunia broadcast & kewartawanan. Knp?? Knp??

Saya ada beberapa org kawan yg bertugas sbg wartawan, rutin harian mereka sgt sibuk & kadang kala utk meluangkan masa utk diri sendiri pun x sempat apatah lg nk lepak2 dgn kawan2. Ya sy bersyukur.. dgn kerjaya skg sy ada cuti hujung minggu dan msh boleh mencuri2 masa di kesibukan kerja seharian utk diri sendiri. Sesungguhnya Allah itu tahu apa yg terbaik utk kita kannn..

Namun sy masih mencari2 aktiviti lain yg boleh melipat gandakan kepuasan sy dlm bekerjaya. Bkn krn duit semata2 tp kepuasan.. Sy mula belajar sendiri Adobe Photoshop & berjinak2 membuat rekabentuk grafik dan menyunting gambar.. Apabila mendpat hasil yg diinginkan sy rasa puas, semakin puas apabila menerima pujian..hahaha. Sy suka mencabar diri sendiri, mencabar kebolehan diri sendiri krn sy sentiasa percaya kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Saya memberanikan diri mengambil tempahan untuk buat banner, bunting, etc ya...buat printing!! 

Kemudian sy berjinak-jinak pula dgn fotografi. Dengan kemahiran yg ada menggunkan Adobe Photoshop sy memberanikan diri menceburi bidang fotografi perkahwinan. Hasilnya alhamdulillah, pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yg diberikan.

Sy sepatutnya rasa bersyukur krn perjalanan kerjaya yg sy pilih dipermudahkan namun sy msh belum rasa puas.. msh ada sesuatu yg perlu sy sumbangkan kpd masyarakat dgn ilmu yg sy ada.

Ah, agaknya sy terlupa utk bgtau sy suka membaca cuma skg ni kesempatan utk membaca tu sgt susah utk diperoleh. Maka kalau sy mengunjungi mana2 kedai buku pasti ada 'buah tangan' yg di bawa blk. Di pendekkan cerita, minggu lepas semasa berjalan2 sy tersinggah di sebuah kedai buku krn tertarik dengan buku yg dipaparkan di dinding kacanya. Belek punya belek sy terjumpa 'matlamat' sy tahun ini..sebenanrnya ia juga salah satu impian sy sejak kecil lg..sy ign menjadi penulis pula. Bukan penulis novel.. krn bakat sy merangkai bait2 indah semakin berkurangan sejak meninggalkan bangsu sekolah & meninggalkan subjek Bahasa Melayu..haha. Sy ign menulis sesuatu yg sy minat, sesuatu yg menjadi darah daging sy skg..tentang fotografi & multimedia.

Tanpa membuang masa sy menghubungi publisher berkenaan & respons beliau sgt positf. Teruja & berdebar2.. cuma skg sy sedang mencari masa yg sesuai krn mereka memberikan masa 3 bln shj utk sy siapkan manuskrip setelah proposal diluluskan. Semoga impian & kerjaya pilihan sy yg ini juga dipermudahkan olehNYA.

Jadi teruskan sokongan & doa anda utk sy ya.. insya allah akan ada byk tips & perkongsian ilmu yg akan sy buat melalui blog ini.