Saturday 6 January 2018

Travelog 6H5M ke Kota Gudeg (part 3)

Day 3

Kalau mengikut perancangan, kami kena bertolak dari Jogja seawal jam 3 pagi jika ingin melihat sunrise di Punthuk Setumbu atau Borobudur. Tapi oleh kerana both of us bukan morning person, agak liat kami nak buka mata. Selepas subuh kira-kira pukul 5 baru kami bertolak. Buka je pintu bilik ada seorg nenek datang berjualan kuih, kami beli la sedikit kuih sebagai bekalan.

Bye bye sunrise.... huhu. Oleh kerana dh lambat jadi kami memutuskan ke Borobudur dahulu yang jaraknya 36 km tetapi perlu drive lebih dari 1 jam. Sebelum masuk ke entrance kami bersarapan di sebuah kedai nasi padang yang terletak berhampiran. Walaupun masih awal pagi, namun sudah ramai yang membanjiri kawasan itu. Tempat membeli tiket untuk warga asing dan tempatan terletak bertentangan. Entrance fee untuk 3 candi (Borobudur, Ratu Boku & Prambanan) di Yjogja ni mmg cekik darah terutama untuk pelancong luar macam kita ni iaitu Rp375k. Tetapi tidak sah kunjungan kita ke Yjogja jika tidak ke Borobudur kan, pejam mata je lah. Kami beli pakej kombo dengan Ratu Boko kerana sehari sebelum flight aku mendapat info yang ada kemungkinan Borobudur & Ratu Boko ni adalah peninggalan Nabi Sulaiman & Ratu Boko mungkin adalah Ratu Balqis, wallahu ‘alam.  Dari pintu masuk ada trem yang boleh dinaiki untuk sampai ke kaki candi dengan bayaran Rp10k. Kerana nak menjimatkan tenaga untuk mendaki candi, kami naik la trem ni boleh ronda2 tgk kawasan juga. Ada gajah juga di sini, sesuai sangat jika bawa anak-anak. Sambil menyantuni peradaban silam sambil mengenali haiwan gitu.



Dari kejauhan sudah kelihatan candi Borubudur yang tersergam indah. Nak sampai betul2 di bawah kaki candi tu kena jalan lebih 300 meter, belum lagi nak panjat tangga. Stamina kena kuat utk ke Yjogja ni, semua tempat mendaki je kerjanya haha. Di pintu masuk ramai yang menawarkan perkhidmatan jurugambar profesional tapi tidak pula kutanyakan harganya. Kalau nak tahu sejarah & details ttg candi ni uolss Google sendiri la ye, aku cuma nak kongsikan pengalaman & pengamatan sendiri je hehe. Memotret gambar di sini memang cantik sebab ada sekurang-kurang 3 layer iaitu candi yg kelabu jelas menampakkan sejarah silam, hamparan pepohon yang kehijauan, gunung Merapi & Merbabu yang melatari pemandangan dan semestinya langit yang biru dengan gumpalan awan putih. Aku terpersona dengan keindahan itu. 







Turun je dari candi, ada announcement ttg tempat-tempat lain yang boleh dikunjungi di dalam kawasan Borobudur seperti Galeri Unik & Seni, Muzium Kapal, Muzium Borobudur dan menonton filem 4D. Kami ke Galeri Unik & Seni kerana ia yang paling dekat & bayaran Rp5k dikenakan. Tapi sejujurnya galeri ini tidak menarik kerana kebanyakan item pameran telah lusuh dan tidak terjaga. Kebanyakan gambar yang dipamerkan juga telah aku lihat di Internet tentang manusia paling tinggi, manusia magnet, manusia aneh itu dan ini. Satu-satunya yang menarik pada hari itu adalah kehadiran manusia paling pendek iaitu mempunyai ketinggian 62cm, anda boleh bergambar jika mahu tapi aku tak sampai hati. Rp5k bukanlah seberapa but it’s wasting of time.


Kami ingin pulang ke parkir dengan menaiki trem, tetapi rupanya trem tersebut tidak lalu di entrance yang kami masuk tadi. Rupa-rupanya ada 2 main entrance di sini. Jadi terpaksalah kami berjalan kaki ke exit tetapi untuk sampai ke kawasan parkir anda perlu melalui lorong kedai-kedai yang agak panjang dan menjual beraneka barangan.


Seterusnya kami menuju ke Punthuk Setumbu, salah satu lokasi AADC2 yang terletak tidak jauh dari Borobudur. Di persimpangan jalan, kami ditahan oleh seorang lelaki yang menawarkan perkhidmatan ojek. Menurutnya kawasan Punthuk tu susah nak parkir. Lagi sekali, come on.... i do my research ok. Jika anda datang pagi untuk sunrise, ya mungkin susah nak parkir tetapi menjelang tengahari insha Allah dh ok. Jika tiada parkir boleh je parkir di rumah orang yang berdekatan & bayar je kos parkir kpd tuan rumah.

Entrance fee adalah Rp30k untuk pelancong luar dan Rp15k untuk pengunjung tempatan. Baru je beberapa langkah berjalan, ada sebuah rumah pokok yang diperbuat dari buluh & kayu jati. Subhanallah, indah sekali pemandangan di situ. Dari kejauhan aku dapat melihat sayup-sayup candi Borobudur. Ada tabung sumbangan di situ, jadi sesiapa yang dah naik rumah pokok tu hulurlah sedikit sumbangan kerana aku percaya yang buat tu adalah orang kampung yang secara kebetulan rumahnya termasuk dalam kawasan wisata. Kalau uolss nak tahu, Punthuk Setumbu ni dahulunya adalah kawasan kebun org, suatu hari seorg jurugambar telah memotret keindahan sunrise dari situ. Sejak ia tular di media sosial, Punthuk Setumbu menjadi port utk melihat sunrise sebagai alternatif kepada candi Borobudur yang amatlah mahal fee utk sunrise.




Untuk ke kawasan puncak, perlu mendaki kira-kira 15 minit tetapi jangan risau sbb jalan dah elok, tak perlu risau becak jika hujan. Kami hanya sempat duduk sekejap di di puncak Setumbu kerana hujan. Dari puncak kita dapat melihat Gereja Ayam dan candi Borobudur, terdapat juga photo spot di situ. Kawasan untuk melihat sunrise juga telah dibuat pelantar dari kayu, mmg selesa. Punthuk Setumbu adalah destinasi no.2 kegemaran aku di Yjogja, pasti akan ke sini lagi kerana pemandangannya cukup indah.

Kami terpaksa membatalkan niat ke Gereja Ayam yang terletak berdekatan gara-gara hujan dan meneruskan perjalanan ke Jejamuran. Jamur bermaksud cendawan, jadi jejamuran maksudnya cendawan-cendawan. Ia adalah sebuah restoran yang semua menunya berasaskan cendawan. Sebagai penggemar cendawan, aku cukup teruja untuk ke sini. Restoran ini besar, parkirnya pun luas siap ada beberapa orang yang menjaga parkir dan laluan ke resto. Sampai je kita terus ke receptionist di mana dia akan bertanyakan brp bilangan org dan memberikan kita menu & menulis no.meja. Dengan menggunakan walkie-talkie dia memberitahu kedatangan kami kpd krew lain. Sangat sistematik. Oleh kerana restoran ini luas, ada ramai petugas yang menjadi usher. Tempat kami di zon Enoki, setiap zon di sini dinamakan dengan nama cendawan, menarik kan? Selepas menanda tik pada menu yang diingini, panggil pelayan & makanan yang dipesan dihidangkan tanpa perlu menunggu lama walhal sangat ramai orang pada masa itu. Di situ ada kolam ikan untuk anak2 bermain, ada juga kolam utk spa ikan, musolla, tempat utk bergambar dan juga membeli ole2 berasaskan cendawan. Tapi sayang handphone takde bateri masa tu, x dapat la nk amik gambar 😓. Kami makan rendang, karedok, jamur bakar pedas dan dua side dishes yang lupa namanya dan kesemua makanan tu sangat sedap.






Kami teruskan perjalanan ke Sleman kononnya nak nak buat tour ke Merapi naik jeep tapi oleh kerana kami sampai dah lewat petang jadi terpaksalah tunda keesokan harinya. Sambil mencari Hotel Wisma Sakinah, kami terjumpa Amron Gift Shop yang menjual beraneka cenderahati yang cantik, unik serta barangan antik. Aku ni mmg suka sangat dgn kraf terutama sekali yang melibatkan kayu, jadi saat terpandang si Zebra hati dah jatuh cinta, harga pun mampu milik tp ditangguhkan dulu memikirkan bajet yang terbatas. 


😃 Baca kisah Day 4 kami di sini.
😍 Lihat itinerary & planned route kami di sini.
😏 Lihat bajet kami di sini. Tidak termasuk bajet shopping ye.

No comments:

Post a Comment