Monday, 5 August 2013

Sijil Penghargaan : G1GIH

Alhamdulillah, penyertaan yang sekadar 'main-main' & sekadar mencuba nasib membuahkan hasil. Walaupun sijil ni tercatat nama suami namun sy menumpang bangga lantaran sy lah yang mengisi borong & mengarang bait demi bait kata2nya. Bakat penulisan masih ada rupanya..chewahhhh..!!
 
Walaupun sekadar mendapat 'Saguhati' namun kami cukup bersyukur kerana ini merupakan sebuah permulaan yang cukup bagus. Sedikit sebanyak ia menyemarakkan semula semangat sy utk berkarya yang agak malap kebelakangan ini gara2 kesibukan di kolej.
 
 
 
 
Sekadar berkongsi karangan yg tlh sy hantar & mendapat saguhati.. selamat membaca:-D
 
 
Penglibatan awal dalam bidang fotografi adalah kerana minat. Mula berjinak-jinak dengan fotografi perkahwinan dengan menjadi pembantu kepada jurugambar utama. Walaupun mendapat bayaran yang sangat rendah daripada jurugambar utama, namun saya bersabar kerana niat hati adalah untuk belajar dan menimba pengalaman. Selama hampir 5 tahun memjadi pembantu jurugambar, banyak pengalaman yang ditimba dan semakin mematangkan diri untuk mengorak langkah dengan lebih berani. Kemudiannya saya berkenalan dengan seseorang yang mempunyai minat yang sama dan mempunyai wawasan untuk membuka empayar perniagaan dalam bidang kreatif. Kami menggabungkan bakat, pengalaman dan kemahiran bersama-sama untuk membuka syarikat kami sendiri. Dia yang saya maksudkan adalah isteri yang tercinta. Cabaran utama kami adalah untuk memperkenalkan 'nama' kami dan meyakinkan pelanggan dengan perkhidmatan yang kami tawarkan. Pada mulanya kami menawarkan perkhidmatan fotografi dengan harga yang sangat minimum untuk kenalan terdekat dan sanak saudara semata-mata untuk mengumpul beberapa portfolio baru dan secara tidak langsung mereka juga akan membantu kami mempromosikan dari mulut ke mulut. Kami juga mencetak flyers dan banner untuk tujuan pengiklanan. Terdapat beberapa banner kami yang disabotaj namun kami belajar sesuatu daripadaya iaitu kami dapat mengenalpasti di manakah lokasi 'selamat' dan strategik untuk memasang banner. Selain itu, banyak juga modal yang kami perlukan untuk mencetak beberapa 'sample' album untuk memudahkan pelanggan melihat hasil kerja kami. Kami juga turut mengggunakan media sosial seperti facebook dan blog untuk mempromosikan jenama kami.
 
Kami menjalankan perniagaan ini adalah kerana minat dalam bidang fotografi dan kreatif. Justeru kepuasan pelanggan akan sentiasa menjadi keutamaan kami. Kami bukan jurugambar semata-mata, malah kami juga adalah pereka grafik. Kami mereka sendiri album pelanggan kami. Dengan itu kualiti rekabentuk album adalah jaminan yang dapat kami berikan. Kami yakin permintaan terhadap jurugambar wanita semakin meningkat akhir-akhir ini. Justeru gabungan bakat antara kami suami isteri pasti mampu memenuhi kehendak masyarakat kini.
 
Kami yakin media sosial mampu dimaksimumkan penggunaanya untuk mempromosikan 'nama' kami. Pada masa sekarang kami hanya membuat Fan Page di Facebook tapi belum mengiklankannya di 'Ads'. Kami merancang untuk berbuat demikian dalam masa terdekat. Selain itu kami juga merancang untuk membuka akaun Twitter & Instagram untuk mendapatkan lebih ramai follower. Kami juga mempunyai impian untuk mengembangkan lagi 'empayar' kami dengan merekrut beberapa jurugambar baru untuk dilatih sebagai jurugambar yang bernaung di bawah jenama kami.
  
Kepada yang meminati bidang fotografi dan kreatif, yakinlah bahawa bakat boleh dilatih. Harus berani mengorak langkah dan jangan malu bertanya dan mencari ilmu.

No comments:

Post a Comment