Setiap hari kita belajar sesuatu, melalui pendengran, penglihatan dan juga pengalaman. Semalam, sy belajar sesuatu ttg kehidupan, kasih sayang dan pengorbanan melalui seorg pelanggan. Ini kali kedua kami merakanmkan detik bahagia kedua mempelai, kali pertama semasa majlis di pihak perempuan.
Pengalaman yg sy maksudkan adalah kesungguhan mereka adik beradik menjaga ayah yg sedang uzur dimamah usia. Terdetik dihati mampukah saya menjadik seperti mereka? Terharu.. dalam diam sy menanam tekad untuk lebih berbakti kpd ibubapa ketika mereka masih ada, ketika mereka masih boleh menikmati hidup. tekad itu jugalah membuatkan sy utk terus bertahan di desa kecil ini, bertahan dgn segala ujian di tempat kerja.. biarlah, asalkan sy boleh berdekatan dgn ibubapa.
Ya.. pengalaman adalah guru terbaik. Dalam sendu diulit perasaan, tugas sbg jurugambar tidak sy ketepikan. Tahniah kepada Abg Azhar & Kak Efa, semoga bahagia melayari bahtera rumahtangga.
No comments:
Post a Comment