Syukur ke hadrat Illahi kerana di beri kesempatan untuk meneguk nikmat cinta (sekali lagi...hehe). Syukur kerana diketemukan dengan seorg insan yg dapat melengkapkan hidup ini. Dia tidak sempurna, tp telah mampu membuatkan hidup ini terasa lengkap dengan kehadirannya.
Dalam kesyukuran meniti hari bahagia, sy ingin menitipkan pesanan kpd teman-teman yang masih mencari-cari another half meraka. Usahlahlah gundah gulana & bermuram durja kerana masih belum diketemukan dengan jodoh yang benar2 ikhlas. Teruskan berdoa & berusaha, percayalah Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Yakinlah pasti ada hikmah dari setiap kejadian yang menimpa kita. Nikmati hari-hari yang mendatang, hidup ini terlalu singkat untuk disia-siakan.
La tahzan :)
No comments:
Post a Comment