Tuesday, 28 February 2012

Tetamu Allah

Seorg teman yg rapat dgn sy tlh menerima jemputan istimewa dr Allah untuk berkunjung ke rumahNYA, alhamdulillah. Tidak semua org mendpat jemputan seistimewa itu. Kerana hanya insan-insan yang terpilih sahaja akan dibukakann hati dan dipermudahkan jalan untuk melangkahkah kaki ke tanah suci itu. Alhamdulillah, sy juga pernah menerima jemputan istimewa itu daripadaNYA. Lantas apabila mendpt khabar gembira ttg sahabat sy itu fikiran terus menerawang mengingat kembali detik detik yg cukup manis dan berharga itu. 

Sejujurnya sblm ini tidak pernah terlintas di dalam hati untuk ke sana. Allah telah menguji sy dengan sesuatu yg sangat berat sehingga sampai di suatu tahap segala beban dan derita itu tidak mampu lg sy tanggung dan bendung. Dalam kegalauan hati dan esak tangis yang membadai itu sy mendengar bisikan, untuk mencari damai di hati, penawar segala duka nestapa kerana setabah mana pun sy mencuba sy hanyalah insan kerdil & hamba yang serba hina. Kepada Allah, Tuhan Yang Maha Pencipta jualah harus sy sandarkan harapan, harus sy mengembalikan seluruh jiwa raga dan pengabdian hakiki.










Catatan sahabat sy itu melalui blognya juga membuatkan sy berfikir panjang ttg persediaan untuk sebuah perjalanan menuju abadi. Justeru saya menyeru rakan-rakan dan diri sendiri terlebih dahulu untuk berusaha meraih hidayah Illahi dan mencari reddha Allah dalam apa juga yg kita lakukan di dunia fana ini.

No comments:

Post a Comment