Thursday, 13 December 2012

Negeri Cek Mek Molek

Kelantan atau lebih terkenal dengan nama glemernya negeri Cek Mek Molek telah lama sy tinggalkan. Hampir 12 tahun.. wpun ada beberap kali singgah sepanjang tempoh tersebut namun tidak sama rasanya dgn kunjungan kali ini. Kerana kali ini sy kembali ke kampung tempat membesar.

Terlalu banyak perubahan yang sy lihat, mahu mencari rumah sahabat lama (Zari) yang hanya di pinggir jalan besar pun sudah tidak dapat di cam. Memandu di sekitar Pengkalan Kubor terasa asing.. mana tidaknya dulu semasa 'muda' hanya tahu berjalan kaki & berbasikal sahaja.

Oh ya.. pulang ke kampung halaman kali ini bersempena perkahwinan sepupu yg meminta sy menjadi jurugambarnya. Tidak mahu menyusahkan tuan rumah, sy sekeluarga menyewa sebuah bilik di rumah tumpangan tidak jauh dari rumah pakcik. Tidak menyangka pula rumah tumpangan itu milik cikgu lama (Ustaz Halim).. alang2 dh kenal maka sy pun minta diskaunlah. Kepada sesiapa yg mahu membeli belah di Pengkalan Kubor & memerlukan penginapan boleh cari di hadapan 7-Eleven/ BSN, terdapat 3 rumah tumpangan/ budget hotel berdekatan iaitu Permai Budget Inn, Rumah Tumpangan Al-Mahsyur & DJE.

Misi blk kampung kali ini adalah utk makan beberapa makanan yang eksotik..tidaklah terlalu pelik seperti di Thailand tp makanan ini adalah makanan tempatan di negeri ini apa lag kalau bukan etok, kuih jala mas, laksa lemak (kuah putih), sotong kering yg digelek2, kuih katun (teringat arwah mek), kerabu sarang (sejenis rumpai laut) & beberapa makanan lg.







Encik suami sgt teruja melihat Takbai & beberapa kampung di Thailand yg dapat kami lihat dari seberang Sungai Golok, hati digamit rindu utk berkunjung ke kampung arwah Mek yg terletak di seberang sungai itu.


Sempat juga melawat Istana yg berkebetulan berjiran dengan rumah sahabat sy Aimi.


Kami pulang selepas selesai sesi outdoor photoshoot di Pantai Sri Tujuh. Perjalanan selama 8 jam pulang ke Selangor membuatkan sy bersyukur mengahwini org 'dekat'..hahaha. Suatu hari nanti sy berharap dapat menziarahi pusara arwah Mek di Siam pula.

No comments:

Post a Comment