Hari terakhir di Kota Gudeg, awal pagi sesudah subuh kami keluar ronda-ronda naik mobil sbb pkl 7 dah kena hantar balik. Mula-mula ke Kotagede tapi kerana masih terlalu pagi toko perak pun belum buka lagi. Kemudian decide ke Makan Sultan Mataram tapi Google Maps ni sabatoj aku pulak, entah ke mana jalan sempit dia bawak. Mujur A x marah hehe. Kami kemudian mencari Pasar Beringharjo, kami memang suka pergi ke pasar tradisional sbb di sinilah lubuk masyarakat tempatan. Lagi sekali Google Maps bawa kami ntah ke mana hala, sbb drp peta yang aku print lokasinya tidak jauh dari Malioboro. Selepas bertanya kepada seorang pakcik yang sedang bersenam, memang confirm kami sesat. Jadi aku tukar la Waze, betul la teori aku selama ni, Waze bagus jika guna untuk bandar, tapi kalau ke luar bandar lebih baik guna Google Maps.
Di Pasar Beringharjo ni pun ada jual baju-baju, makanan, rempah ratus, barang dapur, barang pengantin dll. Aku beli 2 pasang baju tidur dan 3 seluar pendek serta setengah juta rupiah spende.. 😄. Sejak kunjungan terakhir aku ke Bandung 3 tahun lps, aku ada beli 1 jenama ni dan sehingga kini ia masih elok dan selesa. Jadi mmg dlm top wishlist aku selain beli buku, aku nak beli spende. Sbb nak tawar dengan harga murah aku cakap la nk beli 3 dozen, sekali slps aku hitung jumlahnya hampir Rp500k dan duit yang berbaki ngam-ngam je utk byr bendalah tu 😄😄. Terpaksalah aku ke money changer menukar uang.
Dari sini kami kemudian ke Pasar Sepeda Gappsta sbb A nak cari barang basikal dia. Yjogja dikenali sebagai kota basikal juga. Pada hari Ahad sebulan sekali ada perarakan dari komuniti basikal tua di sini di sekitar bandar. Malangnya kami tidak berkesempatan menyaksikan perarakan tersebut.
Kami minta pakcik beca hantar kami ke hotel untuk simpan barang yang dibeli kemudian kembali ke Pasar Beringharjo. Di hotel, Oki telah menyiapkan sarapan untuk kami jadi kami minta izin pakcik beca untuk tunggu sebentar sementara kami bersarapan. Usai bersarapan dalam perjalanan menuju ke pasar, A minta pakcik beca singgah di Toko Abadi yang menjual spare part basikal dan membeli 2 buah tayar. Alahai... smlm masa aku nak beli bagasi dia bagitau xde apa nak beli dah, sekali segala mak nenek basikal dia beli. Ini mesti over weight.
Dari pemerhatian aku, ada 3 jenis beca kat Jogja ni ;
basikal
basikal bermotor
motor
Tapi mostly yg guna basikal ni adalah pakcik2. Salah seorg pakcik yg bawa kami, mengayuh dari rumah yg jaraknya 15km (sehala) setiap hari. Dgn umur 66 tahun dia masih bekerja keras demi sesuap nasi. Aku cuba elak dari naik beca dgn pakcik ni sbb kesian tgk dia basah bermandi peluh. Tapi apb mereka yg approach dulu, x sampai hati juga menolak sbb itu la punca rezeki dia. Semoga mereka diberikan kesihatan yg baik & dimurahkan rezeki.
Untuk ole-ole keluarga terdekat kami beli teh Poci, one of my fav Indonesian tea di sebuah toko grosir berdekatan Beringharjo. Kami meronda sekejap pasar Beringharjo sebelum pulang ke hotel. Selepas siap berkemas, Oki membantu kami membuat reservation di Grab, i’m not sure sama ada aplikasi Grab yang kita download di Malaysia boleh digunakan tak di Indonesia apatah lagi app untuk Gojek (Grab Ojek). Tambang dari Omah Konco ke bandara hanya Rp40k shj, maknanya kami rugi Rp110k untuk sewa teksi pada hari pertama (xpe la kira rezeki dia).
Abg Grab menurunkan kami di Terminal B iaitu terminal yang dikhususkan untuk penumpang AA. Di bandara inilah bermulanya episod yng sangat meletihkan kerana kawalannya menurut pendapatku sangat ketat. Kes over weight and terbawa barang basikal yang berbesi which is our mistake is acceptable, tapi kena buka beg di ketiga-tiga security check is too much. Yang paling aku hot sbb tripod handphone yang cinonet tu & ada beg dia serta ada dlm beg aku pun dia query & suh letak kat kabin. Letih sangat weh. Jadi moral of the story, kalau balik dari bandara Yjogja senang cerita semua masuk bawah je, full stop. 6 hari yang seronok dan mengujakan terpalit dengan drama di bandara, leh buat puisi ni haha. But never let them stop you from visiting Yjogjakarta, it’s a very grate place to visit. It has historical and cultural places, mountains and beaches. Visit Yjogja is like you visit Indonesia.
Malam tadi kami meminta sarapan dihantar ke bilik kerana kami akan check-out jam 5.30 pagi. Sarapan ringkas sahaja iaitu roti bakar dan teh panas. Perjalanan ke Timang Beach mengambil masa kira-kira 2 jam untuk sampai ke perkampungan dan 30 minit menaiki ojek untuk sampai ke Timang. Jalan dari Jogja ke arah Wonosari melalui Gunung Kidul agak berliku tetapi jalannya besar dan elok. Kemudian kami masuk ke kawasan kampung yang jalannya bertar elok tapi kecil dan di kiri kanan pula adalah kebun. Aku suka betul tengok bas di sini kerana kecil comel je. Lebih kurang 5km sebelum sampai ke Timang, sekumpulan lelaki menahan kereta kami & menawarkan diri untuk menghantar kami dengan motor dan meminta Rp70k (dia akan tunggu sampai kita balik) termasuk kos parkir di depan rumah orang kampung. Sebelum ini aku baca kos ojek hanyalah Rp50k, jadi aku tawar Rp60k, lebih Rp10k tidak mengapalah sebagai reward mereka bangun awal pagi mencari rezeki. Sebahagian jalan telah elok berlantaikan kepingan konkrit manakala sebahagian lagi masih berbatu. Bukan calang-calang batu ye, ini batu asli Gunung Kidul. Ada pelancong yang mengambil pakej jeep, ada juga yang menggunakan kereta biasa sahaja tp yg ini aku rasa mesti tour guide yg dah biasa di jalan ini tetapi utk kita yang drive sendiri, janganlah ambil risiko kang kereta sewa rosak dh satu hal, jalan pula sempit. Bayar je la ojek, sambil membantu warga tempatan mencari rezeki.
Sama seperti ke Kalibiru, sampai di suatu tempat aku tak berani nak keluarkan handphone kerana batu-batu semakin terjal dan mendaki. Serba salah dibuatnya, aku takut tercampak dari motor tapi takkan nak peluk adik ojek pulak. Keras kejung tangan cuba berpaut pada mana-mana bahagian motor yang boleh dicapai. Sikit je lagi nak sampai ke Timang, jalan berbatu dan menegak 70 darjah. Sebelum mula mendaki, adik tu pesan pegang je bahu dia.
Sampai je Timang, aku terpersona dengan hamparan keindahan di depan mata. Semua pekerja masih lena diulit mimpi. Langit masih mendung, udara masih dingin dan ombak sesekali menampar manja bebatuan yang ada. Subhanallah... hatiku digayut rasa sendu, rasa syukur pada nikmat kurniaan Ilahi. Kerana bukan semua orang diberi peluang untuk melihat keindahan ciptaan-Nya. Alhamdulillah aku diberikan kesihatan & rezeki untuk melihat semua ini. Sebab itulah Islam menggalakkan kita untuk mengembara, jadi jika pergi melancong ke mana-mana jangan lupa niatkan Lillahita’ala, insha allah dapatlah kita pahala ibadat. Sebagai orang yang membesar di kawasan pantai, aku memang suka mendengar bunyi hempasan ombak dan tiupan angin tetapi aku tidak gemar pada pasir jadi Timang Beach adalah tempat yang sangat menepati citarasa aku. Justeru, tidak hairanlah ia adalah tempat favoarite aku di Yjogja!!
Jadi sementara menunggu para karyawan siap siaga di lokasi masing-masing, kami pun berswa-foto serba sedikit dan bersarapan di warung berhampiran. Semasa berborak dgn tuan kedai, beliau memberitahu bahawa lobster merupakan menu istimewa di situ, malah beberapa hari lepas beliau memancing lobster bersama suaminya. Menu lobster dijual di restoran berhampiran tetapi untuk menjimatkan masa aku meminta mereka membuat pesanan supaya kami boleh makan sahaja di sini sambil menikmati pemandangan. Plannya, apabila kami telah selesai dengan segala aktiviti di sini makanan pun telah siap terhidang gitu. Terlebih dahulu 3 orang karyawan naik gondola untuk standby di Watu Panjang, naik 3 org sekaligus tu. Jam 8.30 pagi barulah semua karyawan bersedia di lokasi masing-masing.
Ada 2 cara untuk merentasi lautan ke Watu Panjang (mereka gunalan W untuk B, contohnya belalang jadi walang, batu jadi watu) iaitu dengan menaiki gondola atau dengan jambatan gantung. Pada asalnya kami plan nak pergi dengan gondola dan balik semula dengan jambatan tapi nggak bisa sih. Kerana both dimiliki oleh company berbeza, jadi jika nak merasa kedua-duanya kena bayar 2 kali dan pergi-balik dengan kaedah yang sama. Jadi kami pilih untuk guna gondala, Rp200k per orang (mahal giler) tapi demi sebuah pengalaman kurelakan jua.. ecece. A suruh aku naik dulu, takut ler tu. Jadi aku bgtau pakcik tu untuk memberhentikan aku kat tengah-tengah dan dia bagi isyarat kepada geng dia di seberang. Ada orang tanya aku, “tak takut ke?” dan aku jawab luckily aku bukan jenis yang gayat & i’m ok dengan ketinggian tapi bukan kelajuan. Tak lama pun berhenti kat tengah-tengah tu, dalam seminit je kemudian aku bg isyarat untuk mereka tarik. Gondola ni adalah gondola manual, jadi kita akan rasa nyut nyut mereka tarik & itu yg macam seram sikit pun. Kalau kita naik gondola di Genting atau Langkawi kan guna elektrik and smooth je.
Keadaan batu-batu di Watu Panjang lagi ekstrem menggerutu tapi the view subhanallah cantik yang amat. Rasa berbaloi aku bayar Rp200k hahaha. Semasa blog ini ditulis baru tau definasi PANTAI yg sepenuhnya. Sbb selama ni aku hanya jumpa pantai yg berpasir, inilah pertama kali budak kampung mcm aku jumpa pantai berbatu. Kalau korg tgk vlog aku di atas perasan x ada dialog aku pelik ni pantai ke apa sbb berbatu. So, kalau anda merancang ke sini silalah pakai kasut ye. Aku pakai kasut menoreh, rege RM4.50 je A belanje 😂
Melalui pembacaan sebelum ke sini dan juga info dari karyawan, keadaan ombak akan semakin mengganas menjelang ke petang. Kiranya aku datang pagi ni ombak baru bangun tidur & tengah warming up la. Tapi benda berkaitan alam ni kita susah juga nak jangka kan. Secara peribadi aku berpendapat datanglah jam 10 kerana ombak dh ligat sket jadi splash dia pun cun ditambah langit yang semakin biru.
Untuk balik ke Timang sengaja kami naik berdua sebab nak ada gambar berdua dalam gondola. Lunch set lobster kami pun dh tersedia jadi kami pun makan la dengan berselera sekali sambil menikmati keindahan yang ada. Lunch set ini Rp500k ye gais, setengah juta kitorg makan hari ni giler ke apa. Untuk kami berdua makan mmg banyak sangat tapi kami tapau la bawa balik. Set ini ada lobster masak sambal, tempe, sambal terasi (belaacan) dan ulam serta nasi. Lobster tu banyak la, kalau tahu mcm ni kami request masak 2 jenis. Menurut anggaran aku, lunch set ni untuk 4 – 5 orang makan.
Perut pun dah kenyang, kami pun balik dgn Agus & kawannya (abang ojek). Kerana matahari pun dah semakin tinggi, maka semakin ramai yang hendak ke Timang. Kami berselisih dengan banyak jeep dan kereta, naik ojek pun tergendala juga sekejap-sekejap sbb susah nak menyelit. Itu la yg aku dh bgtau di atas tadi, jika korang ni mcm kami sewa kereta & drive sendiri ke sini lebih baik naik je ojek, senang.
Seterusnya kami ke Nglambor untuk snorkelling yang jaraknya 20 min drive, untuk masuk ke sini kena bayar Rp5k per orang tapi ada 3 pantai yang boleh dikunjungi. Nglambor adalah satu-satunya pantai untuk snorkelling manakala pantai yang lain untuk santai-santai sahaja. 1 km untuk sampai ke Nglambor anda kena parkir ye dan byr Rp10k dan dari situ boleh pilih sama ada nak berjalan kaki atau naik ojek. Kami memilih untuk naik ojek yang kosnya cuma Rp5k seorang dan itu adalah wise decison kami, sebabnya jalannya pun mendaki 😂😂. Kat Yjogja ni semuanya mendaki beb.
Sampai di sana ada 2 company yang anda boleh pilih untuk menyewa peralatan. Kami memilih yang lebih murah iaitu Rp45k seorang, another company Rp50k... jimat Rp5k utk sewa ojek balik nanti. Pakcik ojek ni beria-ia tunjukkan jalan ke tempat sewaan itu, dari pemerhatian aku rasanya pakcik ojek dapat komisyen kot jika bawa pelanggan. Tapi x kisahlah sbb kami x perlu byr extra pun. Harga sewa dah temasuk snorkelling gear, jaket keselamatan, kasut dan yg paling best ada porter yang akan ikut kami masuk air dan tugasnya merakamkan aksi kami di air menggunakan GoPro.
Sambil aku menulis blog ini aku teringat kepada pakcik yang bekerja di tempat kami menyewa peralatan. Tugasnya adalah membilas kasut dan snorkeling gear serta menyidai jaket. Semasa aku nak ambil kasut, dia bukan sahaja tolong carikan saiz aku malah siap nak tolong pakaikan. Rasa nak nangis sbb aku membayangkan kalaulah itu ayah aku & kerjanya begitu.. Allah. Lastly aku cakap “Ngak apa2 pak nanti saya ambil sendiri”.
Sbb dah ada jurugambar peribadi, posing sakan la kami dengan ikan-ikan tu dan dia ikut je sampai kami yang bagitau dia cukupla tu gambar, kami nak menghayati alam pula. 1st time aku snorkelling di Taman Laut Redang, jadi jika dibandingkan kecantikan dasar laut tu mmg jauh la dgn Nglambor ni. Tapi alhamdullah byk juga spesis ikan yang kami jumpa termasuklah belut laut. Menurut porter kami, ikan tiada pada musim kemarau iaitu di antara Mac – Ogos tetapi apabila musim hujan atau hujung tahun banyaklah. Pantai Nglambor ni berbatu, sebab tu mereka sediakan kasut utk pelanggan. Barang kami tinggalkan di kedai tu, mereka ada 1 box besar untuk letak barang customer. I have problem with trusting people but alhamdulillah barang kami selamat.
Untuk membersihkan diri ada kamar mandi dekat dgn kedai runcit di atas, bayaran Rp4k per orang untuk mandi & jika nak buang air hanya Rp2k. Ada juga musalla terbuka berdekatan. Sudah 5 hari aku berkelana di bumi Yjogja, senang sangat nak jumpa surau atau pun toilet, jadi jangan risaulah.
Kami pulang semula ke parkir dengan ojek kemudian terus ke Pantai Siong yang terletak berdekatan. Nothing special, kami hanya mampir sekejap nak tengok keadaan kemudian meneruskan perjalanan pulang ke pusat bandar. Dalam perjalanan baru aku teringat yang aku belum menyelesaikan pembelian bagasi, jadi singgah sebentar di Indomaret kerana ia menyediakan perkhidmatan untuk pembayaran tiket AA dan banyak lagi. Tapi entah macam mana transaksi tidak berjaya, jadi terpaksa aku menumpang cas telefon di dalam kaunter dan meminta bantuan seorg kawan di KL untuk membuat pembayaran.
Hotel terakhir kami di bumi Yjogja terletak berhampiran Taman Sari kira-kita 2.3km dari Malioboro. Ia adalah rumah lama yang diberi nafas baru oleh pemiliknya, Oki. Ini adalah hotel bajet yang paling best pernah aku huni bukan sahaja di Yjogja malah tempat lain yang pernah aku kunjungi. Biliknya kecil sahaja tetapi lengkap, ada katil yang selesa, kamar mandi, aircond, meja solek & tempat gantung pakaian. Yang paling aku suka adalah bed frame yang diperbuat dari bambu, Indonesian banget. Aku memang bamboo lover, haha. Oki & staf perempuan yang kecil molek tu sangat ramah & very helpful. Jika anda ke Yjogja, menginaplah di sini.. highly recommended. Boleh buat tempahan melalui booking.com ye. Opppss... namanya adalah Omah Konco. Sorry tiada gambar sempat dirakamkan sbb kami terlalu keletihan.
Untuk dinner aku makan lobster tadi tp A makan McD, pantang betul la aku apb travel makan fast food. Pada aku masa ni la kita nak cuba local food, sama ada sesuai atau tidak dengan selera kita lain cerita sbb makanan adalah cermin budaya sesebuah kaum/bangsa. Malam terakhir di sini kami ronda-ronda Malioboro, dari hotel kami menaiki beca dengan kadar Rp30k. Rate beca ni tak tentu, kalau ikutkan jarak dalam Rp20k je tapi sbb yang bawa tu pakcik jadi aku halalkan je la. Aku perhatikan ramai yang tidur di beca walaupun dah malam, mereka ni tak balik ke atau tiada rumah, sedih pulak tengok.
Malioboro masih meriah walaupun jam menunjukkan 8.30 malam, jika anda perlu withdraw wang ada atm CIMB di Matahari. Daripada pemerhatian aku sepanjang 5 hari di sini, atm CIMB lebih mudah dijumpai berbanding atm Maybank. Atm Maybank itu ada sih.. cuma CIMB lebih banyak. Sebelum membuat pengeluaran di luar negara, anda perlu mengaktifkan kad atm terlebih dahulu di Malaysia. Jika Maybank anda boleh buat pengaktifan di atm sahaja manakala CIMB perlu call customer service. Tiada caj dikenakan jika buat pengeluaran di atm bank yang sama, tetapi jika buat pengeluaran di atm bank lain ada caj RM10.50 jika tak silap. Oh ya, duit yang keluar nanti Rupiah la bkn RM. Ada beberapa money changer berdekatan malah ada juga bank yang membuat perkhidmatan ini.
Sebelum pulang pakcik beca bawa kami singgah di Toko Bakpia 25, bakpia ni adalah kuih identiti Yjogja. Pergi la ceruk mana pun banyak je toko yang menjual bakpia. Bakpia ni kuih kacang yang dibalut dengan tepung, macam crepe durian la tapi inti kacang dan agak kering. Sekotak bakpia Rp40k, agak mahal untuk aku jika nak dibuat ole-ole. Aku memang peminat kacang, tapi entah kenapa apabila makan bakpia aku takde rasa teruja sampai nak beli berkotak-kotak. Mungkin kerana ia mempunyai rasa yang familiar. Ia sedap tapi biasa-biasa je. Kami beli la juga sekotak buat rasa. Sampai ke hotel kami berkemas serba sedikit dan tidur.